Wednesday 9 July 2014

Persedian Berpantang Pilihan Ibu-ibu Moden

Wah..tajuk entri kali ni kelass u.. Bukan nak overrated tapi melihatkan semakin ramai ibu-ibu moden yang berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee, maka tidak salah rasanya saya katakan begitu. Isu penggunaaan jamu yang bersifat panas jelas menimbulkan kebimbangan kepada ibu-ibu terutamanya berkaitan risiko jaundice pada bayi baru lahir.
Hal ini juga amat diberi perhatian oleh ibu yang baru pertama kali melahirkan anak disebabkan tiada pengalaman untuk berdepan dengan situasi tersebut. Oh, sebut tentang ibu yang pertama kali melahirkan anak, jom kita baca sedikit info mengenai kelahiran dan berpantang dahulu.

Kelahiran

Kelahiran anak atau bersalin ialah proses akhir kehamilan, iaitu janin keluar daripada rahim ibu. Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat dan dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat.
Jangka masa bersalin bagi setiap individu adalah berbeza yang mana wanita hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita pernah bersalin.
Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul dan rangka kepala janin yang lebih besar. Namun kini terdapat pelbagai kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
Proses kelahiran manusia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu fasa pertama, kedua dan ketiga.



Fasa pertama kelahiran 
  • Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran
  • Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk jangka masa 40 saat
  • Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap dua minit
  • Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm atau 4" lebar
  • Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan dan lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula, seterusnya diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban
 Fasa kedua kelahiran
  • Bayi/janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina dan ia berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat
  • Biasanya kepala bayi keluar dahulu. Jika bayi berkedudukan songsang, bahagian punggungnya akan dikeluarkan dahulu. Lazimnya, bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan ceasarean bagi ibu yang pertama kali hamil.
Fasa ketiga kelahiran
  • Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang 1/4 - 1/2 jam selepas bayi dilahirkan
  • Uri akan dikeluarkan. Ia bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif  

Persediaan untuk bersalin

Persediaan emosi

  Jaga ibadah wajib, cuba buat ibadah sunat, baca al-Quran setiap hari, berdoa agar Allah mudahkan segala urusan bersalin. Amalkan juga ayat 38 Surah Ali Imran dan doa selusuh kerana sesungguhnya sebaik-baik pergantungan adalah kepada-Nya.

Persediaan mental

  Membacatentang teknik hypnobirthing bagi memberikan fikiran positif untuk menghadapi proses bersalin. Teknik tersebut memudahkan proses bersalin tanpa bantuan epidural, gas entonox dan sebagainya. Selain itu, ibu mengandung perlu mengetahui tentang perkara asas bersalin seperti teknik pernafasan, bagaimana untuk mengurangkan kesakitan dan tidak ketinggalan ilmu penyusuan.

Persediaan fizikal

  Semasa hari bersalin, ibu perlu menyediakan kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan di rumah. Jika apa-apa berlaku, suami boleh membantu untuk terus membawa kelengkapan ke hospital tanpa perlu tercari-cari. Persediaan awal amat penting supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan sebegini juga tidak akan menyusahkan golongan suami, terutama bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak 

Tips & nasihat pakar
  1. Selepas tujuh bulan banyakkan berjalan kecuali untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan lakukan terlalu awal sebelum empat bulan.
  2. Jaga pemakanan. Elak mengambil yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini akan menganggu proses bersalin.
  3. Ketika menunggu di dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk atau berjalan-jalan.
  4. Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit contoh pengambilan ubat tahan sakit
  5. Baca ayat-ayat al-Quran seperti ayat 3 Qul dan ayat Kursi. Si suami pula boleh bacakan Yasin untuk kurangkan rasa sakit isteri.
  6. Berborak dengan teman, sama ada ibu atau suami (jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin) sekaligus dapat mengalihkan tumpuan daripada sakit. 


Berpantang 

Istilah pantang menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan (menurut adat dan kepercayaan). Turut disebut mengenai larangan melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga 44 hari bagi wanita yang melahirkan anak. Meski pun kebanyakan pakar perubatan tidak bersetuju dengan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat melayu zaman berzaman.
  Tempoh berpantang diadakan bertujuan untuk melindungi ibu dalam proses pemulihan tubuh dan emosinya.Tempoh berpantang selepas bersalin sama ada secara normal atau pembedahan ialah selama 44 hari dan ada juga yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga ke seratus hari. Bagi sesetangah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami untuk kebaikan jangka masa panjang.

 Persediaan berpantang

Untuk melancarkan proses berpantang, kelengkapan yang perlu dan mencukupi perlu disediakan bagi memudahkan anda melaluinya nanti. Antara persediaan yang perlu ialah :
  • Tukang urut yang akan mengurut anda selepas bersalin. Pastikan tukang urut yang dipilih mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin.
  • Sediakan batu tungku bagi membolehkan anda bertungku nanti.
  • Sediakan baju yang diperbuat daripada kapas agar anda selesa memandangkan akan kerap berpeluh sewaktu berpantang.
  • Pakai kain batik bagi keselesaan anda kerana perut masih lagi kelihatan besar dan mungkin tidak muat untuk memakai seluar.
  • Guna tuala wanita khas untuk kegunaan selepas bersalin yang bersaiz lebih besar dan lembut berbanding tuala wanita biasa.
  • Set bersalin perlu dibeli lebih awal. Untuk pilihan terbaik, ada baiknya anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman sebelum memilih set bersalin yang sesuai dengan keperluan anda.
Shaklee menawarkan 3 jenis Set Berpantang sesuai dengan keperluan dan bajet anda iaitu sama ada Set Berpantang Asas, Set Berpantang Extra dan Set Berpantang Premium.

Set Berpantang Asas

   Set Berpantang Asas merangkumi kesemua supplemen asas yang diperlukan ibu sebaik melahirkan bayi. Ianya membekalkan vitamin & mineral penting, membentuk darah merah, memulihkan luka luaran dan dalaman, mengelakkan stress dan memberi tenaga.



Set Berpantang Extra

Set Berpantang Extra ini merupakan gabungan Set Asas dan OsteMatrix (Kalsium) dan ESP-Energizing Soy Protein (Protein). Kedua supplemen ini mampu membantu dan membekalkan nutrisi penting buat ibu yang sedang menyusukan bayi.


ESP – Membekalkan Protein (elemen kedua selepas air di dalam susu ibu). Kekurangan protein boleh menjejaskan penghasilan susu dan penyusuan bayi


OsteMatrix – Ibu yang kekurangan kalsium mengalami risiko sembelit, stress dan masalah sakit pinggang/belakang serta gigi, kuku dan rambut yang sihat. Stress pada ibu menyusu akan menjejaskam penghasilan susu.


Set Berpantang Premium



Set Berpantang Premium pula menggabungkan fungsi penyusuan dan penurunan berat badan.


Lecithin – mengandungi CHOLINE yang membantu kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee akan mengalirkan choline di dalam susu mereka kepada bayi. Juga membantu mengelakkan masalah bengkak susu yang sangat menyakitkan. Lecithin juga terkenal sebagai agen pengemulsi lemak.


Alfalfa – Serat di dalam Alfalfa dapat memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin, seterusnya mengeluarkan ia dari badan. Ianya juga penggalak susu (galactagoue) yang telah diamalkan sejak zaman Rome dan Yunani lagi.

Dengan penambahan 2 supplemen ini, para ibu bukan sahaja dapat menjaga kesihatan selepas melahirkan bayi dan dapat memastikan penyusuan bayi yang selamat dan berterusan, malah bonus menurunkan berat badan dan mendapat bentuk badan asal dan ideal dengan selamat dan berkesan.

Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu terutamanya ibu yang baru pertama kali melahirkan anak. Berpantang lah demi menjaga kesihatan akan datang terutama masa tua nanti. Saya doakan ibu-ibu dapat berpantang dengan tenang dan sihat.

Mahu order Set Berpantang Shaklee? Yang mana satu pilihan anda?
Anda boleh order terus dengan klik butang order di bawah mengikut pilihan anda. Mudah bukan? Segalanya dihujung jari.
Jangan segan hubungi saya untuk konsultasi premium dan pastinya percuma sahaja. :) 

Set Berpantang Asas
Set Berpantang Asas

Set Berpantang Extra
Set Berpantang Extra

Set Berpantang Premium
Set Berpantang Premium

Kawasan COD : Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya - Puchong

Call/Whatsapp/Sms : +6013-6392285



Facebook: Aieda Nasir

Tuesday 8 July 2014

Kolesterol Tinggi Risiko Hidap Penyakit Jantung

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. :)

Harini saya nak share mengenai kolesterol la. Info ini sangat penting yang tidak boleh dipandang enteng tau..

Apa itu Hypercholesterolemia?

 
Tahap kolesterol dalam darah yang tinggi akan mengundang pelbagai penyakit terutamanya penyakit jantung. Kolesterol dalam darah yang tinggi tidak menunjukkan gejala-gejala, oleh itu kebanyakan daripada mereka yang memilikinya tidak sedar bahawa tahap kolesterol mereka itu terlalu tinggi.
Dikenali juga dengan nama Hypercholesterolemia, keadaan di mana terlalu banyak kolesterol dalam tubuh. Kolesterol merupakan suatu bahan seperti lemak yang terdapat dalam darah dan kebanyakan tisu terutamanya tisu saraf.
Tubuh menggunakan kolesterol mengikut keperluannya. Sebarang kolesterol yang ditambah terutamanya yang datang melalui makanan boleh memudaratkan. Lebih-lebih lagi ia tidak menunjukkan sebarang gejala di peringkat awal anda mempunyai kolesterol yang tinggi. Cara yang terbaik bagi mengetahui sama ada kolesterol anda tinggi adalah melalui ujian darah.

Ujian Darah
Punca

Dalam beberapa kes, tahap kolesterol tinggi boleh diwarisi. Ini kerana hati (hepar) menghasilkan terlalu banyak kolesterol atau tubuh tidak membuang LDL (kolesterol jahat) daripada darah dengan berkesan dan normal. Kolesterol tinggi boleh juga berkaitan dengan penyakit lain seperti diabetes. Tetapi seringkali ia disebabkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu dan tidak bersenam.

Bagaimana Pembentukan Kolesterol Terjadi

Bahaya Kolesterol Tinggi

Tahap kolesterol tinggi boleh menyebabkan :
  • Aterosklerosis iaitu suatu penyakit pada arteri. Plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam, dan akhirnya menyebabkan penyekatan aliran darah.
  • Risiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari iaitu keadaan tidak normal pada arteri yang membekalkan darah dan oksigen pada jantung.
  • Serangan jantung akan berlaku apabila kawasan otot jantung terhalang selalunya oleh darah beku pada arteri koronari. Keadaan ini boleh menyebabkan otot jantung mati.
  • Angina iaitu sakit pada dada yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat darah dengan secukupnya.
  • Masalah kardiovaskular lain iaitu penyakit pada jantung dan pembuluh darah.
  • Strok dan mini strok akan berlaku apabila darah beku menghalang arteri atau vena sekaligus menganggu peredaran darah ke kawasan otak. Strok juga boleh berlaku apabila pembuluh darah terpecah. Sel-sel otak juga akan mula mati.

 
Aterosklerosis


Serangan Jantung

Angina
  
Gejala-gejala (simptom)

Gejala-gejala kolesterol tinggi tidak akan wujud sendiri dan anda atau doktor tidak boleh mengenalinya hanya dengan menyentuh atau melihat. Ia akan terdedah jika anda mempunyai gejala aterosklerosis, satu masalh biasa bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi. Gejala-gejalanya boleh termasuk :

  • Penyempitan arteri koronari dalam jantung (angina)
  • Kaki yang sakit apabila bersenam. Ini adalah kerana arteri yang membekalkan darah pada kaki telah menjadi sempit.
  • Darah beku dan pembuluh darah yang pecah. Keadaan ini boleh menyebabkan strok atau mini strok.
  • Plak terpecah. Keadaan ini boleh membawa kepada thrombosis koronari iaitu pembentukan darah beku pada salah satu arteri yang memberi darah kepada jantung. Jika berlaku, ia boleh menyebabkan kerosakan signifikan pada otot jantung seterusnya kegagalan jantung.
  • Xanthoma iaitu tompokan kuning tebal pada kulit terutamanya pada sekeliling mata. Tompokan kuning adalah pemendapan lemak dan biasanya disusuli oleh kenaikan aras kolesterol dalam darah. Keadaan ini biasanya dilihat pada mereka yang mewarisi kecenderungan kolesterol tinggi daripada keluarga.  

 Diagnosis tahap kolesterol

Cara untuk mengesan tahap kolesterol adalah melalui ujian darah. Jika tahap kolesterol melebihi 200 mg/dL atau HDL (kolesterol baik) adalah di bawah 40, doktor mungkin akan menyuruh melakukan profil berpuasa lipid (satu ujian yang dilakukan selepas anda tidak makan dan minum selama 12 jam)
Walaupun tahap kolesterol melebihi 200mg dipertimbangkan sebagai tinggi, apa yang dikatakan selamat pada seseorang itu bergantung sama ada mereka itu berisiko untuk mendapat penyakit jantung.

Tahap kolesterol keseluruhan :
Nilai normal : Kurang dari 200 mg/dL
Cukup tinggi : 200-239 mg/dL
Tinggi : 240 mg/dL

Orang dewasa yang mempunyai jumlah HDL keseluruhan dan HDL kolesterol normal perlu memeriksa kolesterol mereka setiap lima tahun. Jika mempunyai kolesterol tinggi, perlu memeriksa kolesterol setiap dua hingga enam bulan. Juga perlu menjalani ujian fungsi hati (hepar) jika memakan ubatan merendahkan kolesterol.

Contoh Keputusan Ujian Kolesterol



Rawatan

Terdapat beberapa rawatan untuk menurunkan tahap kolesterol yang tinggi termasuklah ubat-ubatan yang boleh dipreskripsikan oleh doktor. 

Namun di sini, saya bukanlah mahu menghuraikan satu-satu nama ubatan yang diperlukan tetapi saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan keupayaan supplemen dari Shaklee yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun 2014 sempena National Conference yg lepas iaitu PhytoCol-ST.

PhytoCol-ST Shaklee adalah formulasi proprietari berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol. Ianya kaya dengan fitosterol untuk berganding dengan kolestrol ‘baik’ supaya menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan. Fitosterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fitosterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Tumbuhan yang kaya dengan fitosterol adalah seperti lobak merah, roti gandum mahupun tomato. Namun, kita tidak akan mampu untuk memakannya setiap hari begitu sahaja, oleh itu penyelesaiannya ialah dengan pengambilan supplemen PhytoCol-ST.


Kandungan Dalam PhytoCol-ST yg Mengandungi Cukup Fitosterol

Keistimewaan PhytoCol-ST berbanding yang lain ialah :
  • Dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fitosterol semulajadi yang terdapat dalam bijirin, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
  • Ianya menampung 2000mg fitosterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh badan manusia
  • Fitosterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal yang telah dijalankan dapat merendahkan kolesterol LDL
  • Mengikut piawaian dan saranan kandungan fitosterol seperti yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Ianya Halal, Tidak Mengandungi Perasa, Pemanis dan Bahan Pengawet.

Testimoni pengguna PhytoCol-ST :


Testimoni dari Mr Ethan yang telah mencuba selama 2 bulan sebelum PhytoCol-St dilancarkan

Hasil Ujian Makmal Mr Ethan sebelum Pengambilan PhytoCol-ST

Hasil Ujian Makmal Mr Ethan selepas Pengambilan PhytoCol-ST


Kesan yang lebih baik dan berkesan dapat dilihat apabila Phytocol-st digabungkan dengan OmegaGuard. OmegaGuard mengandungi asid lemak omega 3 yang disarankan bagi membantu menyingkirkan kolesterol yang tidak diperlukan dalam darah. Ia turut mengandungi EPA dan DHA. Fungsi omega 3 ialah menurunkan paras trigliserida, LDL (kolesterol jahat) dan menaikkan paras HDL (kolesterol baik). OmegaGuard berfungsi sebagai PEMBAKAR LEMAK, MEMBERSIHKAN serta MENYINGKIRKAN LEMAK TAK PERLU. 



Jadi, jika anda mempunyai masalah kolesterol tinggi, apa tunggu lagi? Jom order PhytoCol-ST dan OmegaGuard anda harini juga. Rasai perubahan itu sendiri. Sayangi diri anda. Tak salah mencuba, lebih rugi kalau tak cuba.

Nak ke nak? ;)

Hubungi saya untuk konsultasi premium..




Kawasan COD : Bangi – Kajang – Putrajaya - Semenyih

Call/Whatsapp/Sms : +6013-6392285


FB Fanpage: Healthy Nutristore

Facebook: Aieda Nasir


Monday 7 July 2014

Vivix : 'Musuh' Utama Bagi Perokok Tegar

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua. Entri kali ini saya nak kongsikan tentang kebaikan Vivix, kebetulan sekarang tengah promo Vivix kan.. Promo yang sangat2 saya tunggu kerana Vivix adalah supplemen ideal untuk diberikan kepada parents @ sesiapa sahaja malah untuk kegunaan sendiri disebabkan cukup hanya dengan Vivix sahaja, tak perlu supplemen lain pun tak apa. Tak percaya? Jom kita berkenalan dengan 'tonik ajaib' si gojes Vivix ni..

Apa itu Vivix?



Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Mengandungi campuran unik botani, 
> Polygonum Cuspidatum, 
> Anggur Muscadine
> Elderberi Eropah 
> dan Lobak Ungu 
yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Antara kebaikan dan manfaat Vivix adalah,



Vivix berkesan untuk memperbaiki DNA, memperbaiki tenaga sel, membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas)yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
 

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu
mengembalikan keremajaan.




10 Kebaikan Vivix

1. Menggalak penuaan yang sihat - awet muda dan anti-penuaan

2. Membantu mengelakan kanser - merencat sel kanser dari menjadi semakin serius

3. Mengurangkan kompilasi diabetes/kencing manis

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung - melindungi jantung

5. Menyokong kesihatan mata

6. Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk

7. Membantu dalam proses penurunan berat badan

8. Meningkatkan sistem imun badan

9. Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi - melindungi saraf

10. Menggalakan kesihatan menyeluruh



Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit serius, antaranya :


:: Diabetes


:: Kolesterol tinggi

:: Penyakit kardiovaskular (Jantung)

:: Tekanan Darah Tinggi

:: Alzheimer atau nyanyuk

:: Gout

:: Letih

:: Metabolisme badan Rendah (antara sebab sukar turun berat badan)

:: Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)

:: Kanser dan tumor

:: Katarak dan masalah mata

:: Masalah saraf


: Lemah sistem imun - lambat sembuh



Bagaimana pula Vivix boleh membantu perokok berhenti merokok?


Jika ingin berhenti merokok, supplemen yang sesuai adalah supplemen yang mengandungi
sumber antioksidan yang tinggi. Ini kerana terdapat kajian dari Universiti of Rochester yang
mendapati bahawa antioksidan mempunyai potensi untuk memperbaiki kerosakan sel dan
melawan radikal bebas akibat kesan nikotin.
 
Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol.

~ Antioksidan yang tinggi dapat memperbaiki sel-sel tubuh yanng rosak akibat asap rokok

~ Diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping
mengurangkan ketagihan nikotin 

~ Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin

~ Antioksidan membantu melindungi dan membaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin

Jadi tidak mustahil Vivix dapat membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Pengambilan
supplemen Vivix boleh membantu perokok tegar diluar sana untuk menghentikan tabiat 
merokok yang secara terang-terangan mampu membahayakan kesihatan.

Penyakit yang boleh terjadi akibat merokok
 

Testimoni perokok yang menggunakan Vivix dalam usaha berhenti merokok.







Jadi, jika anda ingin berhenti merokok, atau anda mahu suami anda berhenti merokok tapi
buntu memikirkan caranya, Vivix dapat menyelesaikan masalah anda, in sha Allah.. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut, konsultasi adalah PERCUMA..



Vivix untuk perokok


Kawasan COD : Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya - Puchong

Call/Whatsapp/Sms : +6013-6392285


FB Fanpage: Healthy Nutristore

Facebook: Aieda Nasir