Friday 3 July 2015

Penjagaan Wajah Bersama Set Nutriwhite

Assalamualaikum..

Apa yang menarik dengan Shaklee yang membuatkan saya jatuh cinta adalah ianya bukan sahaja menyediakan penjagaan diri dari dalam seperti suplemen tetapi turut menyediakan sistem penjagaan diri dan wajah dari luaran. Salah satunya ialah set penjagaan wajah Nutriwhite. 



Apa yang menarik tentang Set Nutriwhite ini?
Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.Mengambil masa 3 tahun untuk membangunkannyaPemilihan bahan aktif dan mentah diperoleh di 16 buah negaraUjian yang menyeluruhUnik, pengwujudan eksklusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihanRamuan gabungan yang optimumSelamat dan berkesanVitamin C derivatif (ascorbyl / glicoside) ramuan selamat dan terbukti  yang digunakan dalam formula kami untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunderPatent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya. 
5 Cara Nutriwhite Bekerja 
Menghalang : kerosakan matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit anda dari dirosakkan, gelap kesan sinar cahaya matahari dan UVBerkurangan : pigmen gelap dalam kulit untuk mencegah nada kulit kusamMenyekat : pigmen gelap dari sel-sel kulit asas daripada memindahkan kepada lapisan atas, membantutkan kemunculan tompok-tompok hitamMemperbaharui : dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness, mewujudkan rupa cerah dan kulit lebih bercahayaMencerah : Hasil dari melanin yang sedia ada, yang membawa kepada wajah yang lebih rata dan nada kulit cerah
Langkah Untuk Wajah Lebih Berseri




Testimoni Pengguna Set Nutriwhite











Untuk pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi saya melalui SMS atau Whatsapp di talian +6013-639.2285.

Aieda Nasir (1092227)


7 Tips Mudah Miliki Kulit Wajah 'Flawless'

Assalamualaikum..

Setiap wanita ingin miliki kulit yang cantik tanpa cela kan? Bukan sahaja wanita, lelaki zaman sekarang pun sama. Ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk mendapat kulit yang 'flawless'.
Sebenarnya tak sukar mana pun untuk mendapat kulit wajah yang bersih dan sihat.



Jom cuba tips ini..
  • Anda perlu rajin membersihkan skrin telefon bimbit kerana segala kotoran yang ada di skrin boleh menyebabkan wajah di bahagian pipi tumbuh jerawat.
  • Amalkan teknik skrub sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Untuk tujuan skrub, saya lebih suka guna NutriWhite Action Makeup Remover kerana ia bukan sahaja berfungsi untuk tanggalkan sisa mekap tetapi juga segala kotoran di wajah. Tekstur lebih lembut dan selamat digunakan hari-hari setiap kali cuci muka.
  • Amalkan minum air putih setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Jangan biasakan diri tidur berlapikkan rambut, ini kerana kotoran yang ada di persekitaran anda boleh terlekat di kawasan rambut.
  • Anda tidak boleh ambil mudah tentang produk penjagaan wajah yang anda gunakan. Pastikan ia sesuai dengan kulit dan tidak akan meninggalkan kesan sampingan pada kulit anda.
  • Luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri dengan mengaplikasikan penggunaan krim wajah siang dan malam. Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa kerana kemungkinan ada bahagian yang anda akan terlepas pandang.
  • Buat urutan wajah setiap hari sekurang-kurangnya 1-3 minit sehari
    Mudah bukan? Apa yang penting ialah anda perlu amalkan tips-tips ini secara konsisten sehingga kulit wajah anda kelihatan bersih dan sihat.

    Selain tips-tips tersebut, anda juga boleh amalkan pengambilan suplemen untuk kecantikan kulit dari dalam. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi bersesuaian dengan masalah kulit anda.

    Salam sayang,

    Aieda Nasir (1092227)

    SMS/Whatsapp : 013-6392.285

    Thursday 2 July 2015

    Perbezaan GLA Complex Shaklee dengan EPO di pasaran

    Assalamualaikum..

    Teringat dulu masa zaman bujang, saya selalu kena senggugut. Kebetulan masa tu kerja di farmasi, jadi pharmacist ada cadangkan ambil EPO untuk stabilkan hormon. Dia nasihatkan supaya konsisten ambil agar hormon stabil. Maka akan datang tiada lah masalah berkaitan hormon lebih-lebih lagi risiko untuk sukar hamil. Risau sgt masa dengar dia cakap begitu, maklumla masih bujang kan. Saya pun ikut nasihat dia. Alhamdulillah senggugut beransur kurang.

    Di awal perkahwinan tu adalah juga senggugut datang menyerang sesekali. Tapi tak lah teruk sangat. Selepas setahun berkahwin, alhamdulillah rezeki dapat anak. Selepas dapat anak, mula berkenalan dengan Shaklee. Sebab masa tu niat nak menyusukan anak hingga 2 tahun, so carilah suplemen yang dapat membantu berikan tenaga semasa menyusukan anak di samping buat kerja rumah. Bila dah kenal Shaklee, dapat tahu rupanya Shaklee pun ada suplemen untuk hormon iaitu Gamma-Linolenic Acid (GLA) Complex. Bila dikaji dan cuba, ternyata GLA Complex lebih bagus dari Evening Primerose Oil (EPO).





    Apakah beza Gamma-Linolenic Acid (GLA) vs Evening Primerose Oil (EPO)?

    GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.
    Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


    Apa pula Manfaat Utama GLA Complex ini? 

    Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

    Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

    Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

    Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

    Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

    Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

    Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

    Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hyper.

    Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

    Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

    Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.       


    Testimoni pengguna GLA Complex 















    GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
    Ramai orang salah anggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, suplemen GLA asid linoleik sama penting seperti asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Ia sangat penting untuk kanak-kanak (potong kapsul lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopous dan andropause (menopous lelaki).  Jika anda mempunyai sebarang masalah dan memerlukan suplemen GLA Complex ini, jangan malu dan segan untuk hubungi saya. InsyaAllah saya bantu anda.
    Konsultasi adalah PERCUMA.. =)

    Salam sayang,
    Aieda Nasir (1092227)
    SMS/Whatsapp : 013-6392.285 


    14 Zon Jerawat di Badan dan Penyebabnya

    Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.. Jom baca entri mengenai jerawat yang berkemungkinan juga punca penyakit. Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang sering menganggu terutamanya bagi wanita yang amat menitikberatkan tentang penampilan. Jerawat yang kecil pun boleh menjadi masalah yang besar lebih-lebih lagi ketika mahu menghadiri acara penting contohnya ketika majlis reunion atau acara anjuran pejabat. Selama ni kita biasa tahu, jerawat ada di bahagian muka. Namun sebenarnya, jerawat boleh muncul di 14 area badan. Setiap lokasi tumbuhnya jerawat itu pula sebenarnya signal yang memberitahu kita tentang masalah kesihatan yang sedang kita alami. Anda mahu tahu masalah kesihatan yang anda alami berdasarkan jerawat yang tumbuh di badan anda? Jom baca supaya dapat membantu anda lebih prihatin mengenai kesihatan badan anda.    
     
     
    Zon 1: Masalah Hormon     Zon 1 adalah area leher dan rahang. Selain di muka, kita biasa lihat ada juga orang yang mempunyai jerawat di area leher. Area ini berhubungan dengan kelenjar hormon. Boleh jadi disebabkan stres atau terlalu banyak consume gula. Boleh juga disebabkan oleh daki pakaian atau hujung rambut yang kotor.
    Zon 2 dan 3: Stres     Zon 2 dan 3 berada pada area bahu. Jika anda mempunyai jerawat di bahagian bahu, keadaan anda sedang tegang dan stres. Jerawat pada area ini memang berhubungan dengan keadaan fikiran yang sensitif. Boleh terjadi pada masa sebelum kedatangan haid. Selain itu, penyebab lain adalah pakaian atau beg tangan yang bergesel pada area ini. Jerawat ini boleh disebabkan oleh kesan peluh atau kulit yang sensitif terhadap produk kulit yang sedang anda gunakan.
    Zon 4: Masalah Pencernaan     Jerawat ini terletak pada bahagian dada atas. Menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah dengan pencernaan. Mungkin Anda sedang berdiet, pengambilan makanan pedas atau juga terlalu banyak pengambilan minuman sejuk. Selain itu, penyebabnya boleh jadi pakaian yang terlalu ketat sehingga menimbulkan peluh yang mengganggu dan menimbulkan jerawat.
    Zon 5 dan 6: Perlu Vitamin     Jerawat juga boleh tumbuh di area lengan. Berkaitan dengan keadaan badan yang boleh nampak dari kulit anda. Mungkin anda memerlukan vitamin untuk kulit dan tubuh badan. Pengambilan buah-buahan boleh mengatasinya secara semulajadi.
    Zon 7: Gula dalam Darah
    Apakah jerawat anda muncul di area perut? Perut merupakan area di mana terdapat banyak kelenjar minyak. Bila ada jerawat di area tersebut, boleh jadi disebabkan oleh gula dalam darah yang meningkat. Penyebab lainnya yang umum adalah disebabkan peluh, terkena pakaian dan produk rawatan kulit.
    Zon 8: Kebersihan
    Zon 8 adalah area sekitar Miss V. Bila jerawat sampai muncul di area ini, memang cukup mengganggu dan sukar dihilangkan. Biasanya terjadi kerana pembersihan bulu atau pencukuran, namun dilakukan dengan kurang bersih. Jaga Miss V agar tetap kering dan bersih dengan menggunakan pakaian dalam yang lembut untuk mencegahnya makin parah.
    Zon 9-10: Kulit Sensitif dan Alergi
    Jerawat yang muncul di area paha mungkin disebabkan oleh kulit kering, sensitif atau mengalami alergi. Boleh jadi alergi makanan, bahan pakaian atau produk rawatan kulit lainnya.
    Zona 11-14: Tekanan Dan Masalah Pencernaan
    Bila anda mengalami jerawat di area ini, mungkin anda mengalami tekanan dan masalah pencernaan. Tekanan ini menyebabkan peluh berlebih dan rasa tak selesa yang mampu menimbulkan jerawat. Boleh juga disebabkan oleh makanan yang terlalu banyak kalori.      Hmm.. dah dapat tahu serba sedikit tentang jerawat di badan. Cuba check, ada tak anda mengalami masalah seperti di atas? Jika ada, jangan segan silu hubungi saya. InsyaAllah saya ada penyelesaiannya..
    SMS/Whatsapp : 013-6392.285

    Wednesday 1 July 2015

    Mengapakah B Complex Penting Kepada Kita?




    Assalamualaikum..

    Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

    B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

    Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

    * Shaklee B Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B Complex extract from beer yeast.




    Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di dalam pasaran bersifat sintetik. B complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B complex setiap ha Read more http://www.healthyvitagarden.com/product-shaklee/essential-nutrition/b-complex/

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNIC
     
     
     Bagaimana Memilih B Complex yang Baik?
    • Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
    • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
    • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
    • Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)

    Manfaat Utama

    Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan

    Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

    Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

    Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

    Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus

    Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

    Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

    Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau  

    Detoksifikasi - meredakan alahan


    Mengapa Urin Menjadi Kekuningan?

    Merupakan situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

    * Nota : B Complex merangsang metabolisme dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan


    Testimoni Pengguna B Complex



     
    Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di dalam pasaran bersifat sintetik. B complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B complex setiap hari. Read more http://www.healthyvitagarden.com/product-shaklee/essential-nutrition/b-complex/

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    Berminat untuk dapatkannya? Hubungi saya

    Aieda Nasir 

    SMS/Whatsapp 013-6392285 
     
    SID # 1092227

    Konsultasi PERCUMA!!
    Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di dalam pasaran bersifat sintetik. B complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B complex setiap hari. Read more http://www.healthyvitagarden.com/product-shaklee/essential-nutrition/b-complex/

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    8 Jenis Makanan Untuk Kurangkan Stress

    Assalamualaikum..

    Stress, semua orang pernah rasa stress kan? Tak terkecuali saya.hehe.. Stress ni pula terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab. Namun, apa pun sebabnya, stress ini tidak bagus untuk kesihatan tau. Jika selalu stress, kesihatan kita akan turut terganggu. Jadi, bagaimana untuk tangani stress ini?

    Kebiasaannya ramai yang suka makan ketika dilanda masalah ataupun sedang tertekan kan? Saya lah tu. Ini akan mengakibatkan berat badan akan cepat naik ketika stress. Dahlah tengah bermasalah, berat badan pula makin naik, maka bertambah stress jadinya.hehe..

    Tetapi jangan risau, anda tetap boleh makan ketika stress tetapi pilihlah makanan yang berkhasiat. Malah ada juga beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghilangkan stress anda.



    Antaranya:

    1) Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu
    Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

    2) Coklat gelap bersama kacang badam
    Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stress. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan.

    3) Smoothies
    Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda.

    4) Kekacang dan biji-bijian
    Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci. Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stress dan menggalakkan hormon-hormon sihat.

    5) Keledek
    Manis, sedap, dan kaya nutrien!
    Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Lagipun keledek memang mengenyangkan.

    6) Yogurt dengan buah beri
    Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stress. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

    7) Kari sayur-sayuran
    Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga.

    8) Teh hijau
    Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.

    Selain makanan, pengambilan suplemen juga dapat membantu mengurangkan stress. Antara suplemen tersebut ialah B-complex. Saya sememangnya mengamalkan pengambilan B-Complex lebih-lebih lagi sekarang sedang hamil di samping melayan 2 orang anak syurga..

    Salam sayang,

    Aieda Nasir

    Shaklee ID : 1092227

    013-639 2285

    Tuesday 19 May 2015

    HB Rendah Punca Keguguran Bayi??

    Assalamualaikum..

    Entri kali ni saya nak share mengenai risiko jika bacaan HB rendah semasa hamil. Ramai juga kan ibu2 hamil pernah mengalami bacaan HB yang rendah? Bila da tahu HB rendah, mesti rasa cuak nak pergi check-up sebab takut kena marah dengan doctor atau nurse yang bertugas. Tapi adakah ibu-ibu sedar bahawa bacaan HB rendah pada ibu hamil bukan setakat membahayakan ibu, malah boleh menyebabkan keguguran sekiranya tidak diatasi dengan segera?

    Macam sorang mommy ni, HB mencecah 8.7 gm% dan dah pernah duduk di hospital 2 kali tapi masih tak serik sampailah ada sesuatu terjadi. Barulah insaf.
    Jom tonton video 1 minit ini untuk tahu apa yang berlaku kepadanya:

                    

    Kenapa Iron ( Zat Besi ) sangat penting?
    Iron adalah mineral yang membentuk satu bahagian penting hemoglobin (bahan dalam darah yang membawa oksigen ke seluruh badan). Iron membawa oksigen dalam otot yang membantu otot berfungsi dengan baik. Di samping itu, Iron juga membantu meningkatkan daya tahan kita terhadap stress dan penyakit.
    Semasa kita hamil, badan kita menyerap Iron dengan lebih cekap, jadi adalah sangat penting untuk kita mengambil lebih banyak Iron semasa hamil bagi memastikan kita dan baby mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
    Iron juga akan membantu kita dalam mengelakkan gejala keletihan, lemah, cepat marah, dan kemurungan.

    Berapakah Jumlah Iron (Zat Besi) Yang Kita Perlukan?
    Bagi wanita yang tidak hamil, kita memerlukan hanya 15mg Iron. Namun jumlah ini meningkat kepada 30mg Iron.

    Kenapa Keperluan Iron Meningkat Sekali Ganda Bagi Ibu Hamil?
    • Kerana pada waktu kita hamil, kandungan darah kita akan meningkat sebanyak 50%, jadi kita perlukan lebih banyak Iron untuk membina hemoglobin.
    • Apabila kandungan kita menginjak ke Trimester Ke-2 dan Ke-3, lebih banyak Iron diperlukan untuk pembesaran baby dan placenta.
    • Kebanyakan ibu hamil tak sedar yang mereka kekurangan Iron sebelum hamil lagi, jadi bila mereka disahkan hamil, keperluan kepada Iron menjadi lebih
    • Sekiranya ibu disahkan menghidapi Anemia, haruslah lebih berhati-hati kerana boleh mengundang kepada risiko kelahiran baby pra-matang, baby kurang berat dan paling teruk boleh mengakibatkan kematian, nauzubillahi min zalik..

    Bagaimana Nak Dapatkan Sumber Iron?

    Ada dua jenis Iron iaitu Non-Heme Iron dan juga Heme Iron.

    Non-Heme Iron boleh didapati dari sumber tumbuhan. Penyerapan non-heme Iron adalah sebanyak 2-20%
    Heme-Iron boleh didapati dari sumber haiwan. Penyerapan Heme-Iron adalah sebanyak 7-35%


    Apakah Faktor Yang Menghalang Penyerapan Iron?
    • Caffeine boleh menghalang penyerapan Iron. Sekiranya nak jugak minum minuman berkafein, jarakkan pengambilan Iron Supplement ataupun makanan yang mengandungi Iron sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sebelum atau selepas itu. Selalunya caffeine ni ada pada kopi, teh, coke dan juga chocolate.
    • Iron mudah hilang semasa proses penyediaan makanan. Untuk mengekalkan kandungan Iron yang ada dalam makanan tersebut, minimumkan jumlah air yang digunakan dan masak pada jangka masa paling singkat yang boleh.
    • Ada yang mengatakan pengambilan calcium akan menghalang penyerapan Iron. Namun ada pula kajian menunjukkan ini adalah tidak benar. Wallahualam
    Lagi Fakta Tentang Iron
    • Vitamin C sangat membantu dalam penyerapan Iron
    • Sekiranya ibu-ibu mengambil Iron supplement, kesan sampingan seperti sembelit adalah normal. Untuk mengurangkan sembelit, tingkatkan pengambilan fiber dalam menu harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum air melebihi 8 gelas sehari
    Masa saya hamilkan Aisy 4 tahun lepas, makanan yang paling cepat bertindak balas adalah jambu batu. Pada mulanya memang susah nak percaya bila ramai suruh cuba makan jambu batu, tapi bila amalkan setiap hari dalam masa seminggu, yang sebelum tu check pernah sampai 8.7 terus naik kepada 12.9. Memang tak dapat nak lupakan.

    Tapi berlainan pula masa hamilkan Aisyah 2 tahun lepas. Saya memang amalkan Vitalea with Iron Formula setiap hari. Alhamdulillah tak pernah kena tegur dengan doctor sebab bacaan sentiasa 13.1 ke atas.



    Semuanya ketentuan Allah kan. Setiap kandungan lain ragamnya. Semoga ibu-ibu sentiasa tabah ye. Saat hamil lah saat paling istimewa kerana semua amalan jadi pahala. Doa mudah dimakbulkan. Jadi berdoalah semoga semuanya baik-baik saja =)

    Sempena ulangtahun ke 100 tahun MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA, Vitalea ini, Shaklee bermurah hati untuk memberinya secara percuma. Ya, PERCUMA. Ingin tahu bagaimana? Jangan ragu dan segan untuk contact saya SMS/WHATSAPP  Aieda 013-639.2285



    Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat untuk ibu-ibu hamil yang lain..tima kasih. =)

    Monday 18 May 2015

    Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa



    بسم الله الرحمن الرحيم
    Assalamualaikum...


    Entri kali ini saya nak share tips untuk menyusukan anak ketika berpuasa. Tips ini berdasarkan pengalaman saya khas untuk semua ibu yang menyusukan anak.. 

    Alhamdulillah waktu susukan anak yang pertama dulu saya dapat berpuasa penuh sebab saya hanya datang bulan sewaktu anak dah masuk setahun lebih.. 

    Ibu2 jgn takut dgn bulan Ramadhan, laluilah hari2 tersebut dgn tenang, sentiasa positif, In sha Allah kuantiti susu yg dihasilkan akan kekal seperti biasa..jika kurang pun mungkin amaunnya sedikit saja.. 

    Ini kerana walaupun kita tak makan, badan akan tetap beri priority untuk hasilkan susu menggunakan simpanan zat dalam badan..apa yang hanya anda perlu lakukan ialah :-

    Sentiasa positif dan yakin dengan diri kita sendiri 

    Jangan sesekali tinggal waktu sahur. Makanlah nasi atau makanan yang agak berat. Lebihkan  pengambilan sayur dan buah. JANGAN makan makanan berminyak. Banyakkan makan KURMA.  

    Pemakanan yang seimbang amat penting bagi memastikan komposisi susu ibu yang dihasilkan tidak terganggu, malah zat simpanan dalam badan yang digunakan sewaktu penghasilan susu dapat diganti semula. 

    Pastikan anda MINUM banyak air sewaktu berbuka dan bersahur. Minum susu, milo suam, horlick atau minuman malt. 

    Pam susu seperi biasa. Tetapkan sesi seperti sesi pertama selepas sahur atau sebelum solat subuh sekurangnya boleh bertahan hingga tengahari. Sesi kedua pula waktu tengahari kiranya waktu lunch la dan sesi ketiga waktu petang. Bagi yang bekerja, sebelum habis office hour.
    Jika waktu cuti @ weekend, anda boleh buat stok EBM. Kalau larat, boleh DF baby. Tapi kalau tak larat, boleh minta tolong suami susukan anak menggunakan botol. 

    Sewaktu berbuka, makan makanan berkhasiat dan seimbang. Sekali lagi, pastikan makan makanan berat kerana ibu menyusu memerlukan 500 kalori lebih banyak dari ibu yang tidak menyusukan anak. 

    Pastikan anda pam susu sebelum tidur atau kerap susukan anak waktu malam untuk pastikan lebih banyak demand untuk penghasilan susu di waktu siang. 

    Jangan lupa berdoa semoga Allah permudahkan segala-galanya. Hanya dengan izinNya kita mampu lakukan, in sha Allah. 

    Credit,
    Puan Fazila Abd Rahman 
    Malaysian Breastfeeding Peer Canselor.     



    Anda juga boleh amalkan minum ESP campur dengan milo dan oat sewaktu berbuka dan sewaktu sahur. ESP bukanlah milk booster tetapi sebagai suplemen tambahan untuk kekal sihat dan cergas di samping membekalkan nutrien lengkap buat si manja dan anda.





    Set Mighty 3 Gems


    Set Mighty 3 Gems juga amat membantu ibu untuk kekal cergas.








    Juga boleh amalkan zikir di bawah.. 

      

    In sha Allah.. Mudah-mudahan hasrat kita untuk menyusukan anak berjaya dengan izinNya.aamiin..


    Semoga berjaya, ibu-ibu yang HEBAT.. :)



    XOXO..

    Aieda Nasir
    1092227
    SMS/WA : 013-6392285


    Wednesday 6 May 2015

    Perlu tahu !! Postur terbaik untuk ibu hamil

    Ketika mengandung, bakal ibu tidak boleh melakukan pergerakan sesuka hati seperti semasa tidak berbadan dua. Ini kerana keadaan badan yang terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah mengikut usia kehamilan. Ketahui bagaimana posisi betul pergerakan anda sepanjang hamil bagi memastikan kesihatan diri terpelihara.



    Semasa berdiri
    • Ibu digalakkan berdiri dan ‘berjalan tegak’, masukkan otot  perut ke dalam dan ketatkan otot-otot punggung untuk membawa tulang pelvik condong ke belakang.
    • Tegakkan kepala dengan dagu dimasukkan ke dalam dan bahu ke bawah serta berkeadaan rehat.
    • Kaki dibuka sedikit untuk mendapat keseimbangan yang baik.
    • Elakkan berdiri terlalu lama yang boleh menyebabkan keletihan.



    Semasa duduk
    • Duduk di kerusi dengan keadaan tulang belakang disokong sepenuhnya.
    • Gunakan  kusyen kecil ataupun tuala yang digulung dan letakkan di bahagian belakang pinggang.
    •  Paha disokong sepenuhnya di atas kerusi dan tapak kaki rehat rata di atas lantai.


    Semasa baring
    • Baring mengiring atau tiga suku mengiring dengan dua bantal menyokong di bahagian kepala dan satu di bahagian antara lutut dan paha untuk mengelakkan ketegangan pada sendi sakroiliak.
    •  Baring terlentang adalah tidak digalakkan selepas empat bulan ke atas kehamilan.



    Semasa hendak bangun dari tidur
    • Jika hendak bangun dari katil, pastikan lutut dibengkokkan.
    • Pusingkan badan ke sisi, kemudian tolak badan ke posisi duduk menggunakan tangan dan lengan serta kaki di bawa ke sisi tepi katil.



    Semasa mengangkat objek
    • Pastikan tapak kaki dibuka sedikit, dengan sendi pinggul dan lutut dibengkokkan serta pinggang lurus. Ibu seharusnya merasakan ketegangan di bahagian paha dan bukan di pinggang.
    • Pastikan barang yang diangkat dibawa dan dipegang rapat di bahagian tengah ke arah badan. Gunakan lengan dan kaki untuk mengangkat barang.
    •  Elakkan mengangkat barang yang berat semasa mengandung.

    Tuesday 7 April 2015

    10 cara untuk nyahkan bau kaki

    Individu yang aktif dan sering bergerak ke sana dan di sini sering mengalami masalah seperti kaki berbau kerana mempunyai masalah pengudaraan di bahagian kaki hingga menyebabkan kaki berpeluh. Bukan itu sahaja, malah jika sering gunakan kasut yang sama sepanjang minggu juga boleh menyebabkan bakteria dan kotoran di bahagian tapak kaki terkumpul lalu mengeluarkan bau yang kurang enak.



    REMAJA pasti ramai yang mengalami masalah ini bukan? Relaks, semua ini boleh di tangani dengan 10 cara mudah. Ayuh ikutinya!

    1-     Taburkan bedak di celah jari kaki sebelum memakai kasut. Ini kerana, bedak akan membantu dan mengawal pengeluaran peluh di bahagian kaki.

    2-     Jika memang mengalami masalah bau kaki pastikan pilih kasut yang tidak tertutup penuh supaya sistem pengudaraan di bahagian kaki berjalan dengan lancar dan tidak menyebabkan kaki panas lalu berpeluh.

    3-     Ketika di pejabat atau dalam kereta, buka kasut dan gantikan ia dengan sandal atau selipar yang terbuka. Kemudian basuh kaki setiap 4 jam dan biarkan ia sehingga kering.

    4-     Ketika mencuci kaki atau membasahkan kaki, pastikan anda tidak memakai kasut tertutup ini kerana kelembapan boleh menyebabkan bakteria terkumpul lalu menyebabkan bau kurang enak timbul.

    5-     Jangan simpan kasut di dalam kotak mahupun bahagian tertutup. Sebaiknya letak di kawasan yang terbuka dan jemur kasut di bahagian panas seminggu sekali.
     
    6-     Semburkan pewangi kasut setiap malam sebelum anda memakainya untuk ke kelas atau tempat kerja.

    7-     Seminggu sekali rendamkan kaki anda dengan air suam yang di larutkan dengan garam. Amalan ini untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul di bahagian kaki.

    8-     Sewaktu mandi, pastikan anda sabun dan berus di tapak kaki dan celah-celah jari serta kuku kaki untuk membuang segala kotoran. Kotoran juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah bau kaki yang kuat.

    9-     Elakkan memakai kasut yang sama lebih dari tiga hari. Tukar-tukarlah kasut.

    10-  Jika kaki masih basah lapikkan kasut anda dengan tisu kering. Ini kerana tisu mampu menyerap kelembapan jadi jangan sia-siakan kelebihannya.

    Friday 27 February 2015

    5 senaman mengecilkan peha si gadis

    Salam..

    Hai semua gadis maniss..

    Mempunyai masalah di bahagian peha memang menakutkan buat para gadis kan? kan? kan??.. Uolls sanggup buat apa sahaja untuk mengecilkan peha. Hingga ada yang sanggup berlapar dan menyekat pemakanan mereka untuk kekal cantik dan tidak kelihatan gemuk di bahagian peha.

    Tetapi tahukah uolls gadis2 maniss, dengan berlapar sahaja tidak membantu untuk uolls kecilkan peha. Sebaiknya cuba amalkan beberapa senaman yang dikhususkan untuk mengecilkan peha tanpa mengikat perut.

    1)   SENAMAN ‘MENGGUNTING’

    Senaman ini sangat mudah dan tidak memenatkan. Ia menumpukan bahagian peha. Caranya baring di atas lantai yang rata dengan tangan di sisi. Angkat ke dua belah kaki lebih kurang 45 darjah dan lakukan gerakan seperti menggunting. Silangkan kaki uolls ke kiri dan ke kanan dan ulang langkah ini sebanyak 12 – 15 kali setiap set. Dari gerakan ini uolls akan terasa tekanan di otot-otot bahagian peha.

    2)   MELOMPAT

    Tak kisah sama ada uolls melompat menggunakan trampoline atau tali skipping ia sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak serta meningkatkan metabolism. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan selulit serta membentuk kaki yang cantik dan sempurna.

    3)   ‘SENAMAN DINDING’

    Jika uolls mempunyai masa terluang, cuba lakukan senaman ini di rumah. Caranya mudah sahaja, berdiri tegak sambil bersandar di dinding. Rehatkan tangan pada dinding dan turun badan dengan perlahan-lahan. Turun sehingga posisi badan seperti sedang duduk di atas kerusi. Tahan posisi seperti ini selama mana yang uolls mampu. Kemudian diri tegak semula.  Kebanyakan orang hanya bertahan selama beberapa saat sahaja pada permulaannya setelah membiasakan diri uolls pasti akan dapat bertahan lebih lama. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari tauu...

    4)   PUSINGAN KAKI

    Dengan memusingkan kaki juga boleh membantu uolls untuk mengecilkan peha. Caranya sangat mudah, uolls hanya perlu berbaring mengiring dan berbantalkan lengan mengikut arah yang uolls baring. Sebelah lagi tangan posisikan di bahagia perut. Angkat kaki sebelah setinggi yang boleh, sambil tarik nafas buat pusingan kaki mengikut pusingan jam. Cuba lakukan gerakkan ini tanpa menggerakkan anggota tubuh badan yang lain. Lakukan ia sebanyak 5 kali sebelum menukar posisi hokeyy..

    5)   KASUT TINGGI

    Kasut tinggi bukan sahaja nampak cantik di pakai oleh para gadis, ia juga akan membuatkan posture badan uolls lebih tegak dan tidak membongkok. Bukan itu sahaja, kasut bertumit tinggi mampu membentuk otot di bahagian betis dan peha. So selalu la gunakan kasut tinggi kay..

    ---- Selamat Mencuba ----

    Xoxo
    ;)