Salam..

Hai semua gadis maniss..

Mempunyai masalah di bahagian peha memang menakutkan buat para gadis kan? kan? kan??.. Uolls sanggup buat apa sahaja untuk mengecilkan peha. Hingga ada yang sanggup berlapar dan menyekat pemakanan mereka untuk kekal cantik dan tidak kelihatan gemuk di bahagian peha.

Tetapi tahukah uolls gadis2 maniss, dengan berlapar sahaja tidak membantu untuk uolls kecilkan peha. Sebaiknya cuba amalkan beberapa senaman yang dikhususkan untuk mengecilkan peha tanpa mengikat perut.

1)   SENAMAN ‘MENGGUNTING’

Senaman ini sangat mudah dan tidak memenatkan. Ia menumpukan bahagian peha. Caranya baring di atas lantai yang rata dengan tangan di sisi. Angkat ke dua belah kaki lebih kurang 45 darjah dan lakukan gerakan seperti menggunting. Silangkan kaki uolls ke kiri dan ke kanan dan ulang langkah ini sebanyak 12 – 15 kali setiap set. Dari gerakan ini uolls akan terasa tekanan di otot-otot bahagian peha.

2)   MELOMPAT

Tak kisah sama ada uolls melompat menggunakan trampoline atau tali skipping ia sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak serta meningkatkan metabolism. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan selulit serta membentuk kaki yang cantik dan sempurna.

3)   ‘SENAMAN DINDING’

Jika uolls mempunyai masa terluang, cuba lakukan senaman ini di rumah. Caranya mudah sahaja, berdiri tegak sambil bersandar di dinding. Rehatkan tangan pada dinding dan turun badan dengan perlahan-lahan. Turun sehingga posisi badan seperti sedang duduk di atas kerusi. Tahan posisi seperti ini selama mana yang uolls mampu. Kemudian diri tegak semula.  Kebanyakan orang hanya bertahan selama beberapa saat sahaja pada permulaannya setelah membiasakan diri uolls pasti akan dapat bertahan lebih lama. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari tauu...

4)   PUSINGAN KAKI

Dengan memusingkan kaki juga boleh membantu uolls untuk mengecilkan peha. Caranya sangat mudah, uolls hanya perlu berbaring mengiring dan berbantalkan lengan mengikut arah yang uolls baring. Sebelah lagi tangan posisikan di bahagia perut. Angkat kaki sebelah setinggi yang boleh, sambil tarik nafas buat pusingan kaki mengikut pusingan jam. Cuba lakukan gerakkan ini tanpa menggerakkan anggota tubuh badan yang lain. Lakukan ia sebanyak 5 kali sebelum menukar posisi hokeyy..

5)   KASUT TINGGI

Kasut tinggi bukan sahaja nampak cantik di pakai oleh para gadis, ia juga akan membuatkan posture badan uolls lebih tegak dan tidak membongkok. Bukan itu sahaja, kasut bertumit tinggi mampu membentuk otot di bahagian betis dan peha. So selalu la gunakan kasut tinggi kay..

---- Selamat Mencuba ----

Xoxo
;)