Individu yang aktif dan sering bergerak ke sana dan di sini sering mengalami masalah seperti kaki berbau kerana mempunyai masalah pengudaraan di bahagian kaki hingga menyebabkan kaki berpeluh. Bukan itu sahaja, malah jika sering gunakan kasut yang sama sepanjang minggu juga boleh menyebabkan bakteria dan kotoran di bahagian tapak kaki terkumpul lalu mengeluarkan bau yang kurang enak.



REMAJA pasti ramai yang mengalami masalah ini bukan? Relaks, semua ini boleh di tangani dengan 10 cara mudah. Ayuh ikutinya!

1-     Taburkan bedak di celah jari kaki sebelum memakai kasut. Ini kerana, bedak akan membantu dan mengawal pengeluaran peluh di bahagian kaki.

2-     Jika memang mengalami masalah bau kaki pastikan pilih kasut yang tidak tertutup penuh supaya sistem pengudaraan di bahagian kaki berjalan dengan lancar dan tidak menyebabkan kaki panas lalu berpeluh.

3-     Ketika di pejabat atau dalam kereta, buka kasut dan gantikan ia dengan sandal atau selipar yang terbuka. Kemudian basuh kaki setiap 4 jam dan biarkan ia sehingga kering.

4-     Ketika mencuci kaki atau membasahkan kaki, pastikan anda tidak memakai kasut tertutup ini kerana kelembapan boleh menyebabkan bakteria terkumpul lalu menyebabkan bau kurang enak timbul.

5-     Jangan simpan kasut di dalam kotak mahupun bahagian tertutup. Sebaiknya letak di kawasan yang terbuka dan jemur kasut di bahagian panas seminggu sekali.
 
6-     Semburkan pewangi kasut setiap malam sebelum anda memakainya untuk ke kelas atau tempat kerja.

7-     Seminggu sekali rendamkan kaki anda dengan air suam yang di larutkan dengan garam. Amalan ini untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul di bahagian kaki.

8-     Sewaktu mandi, pastikan anda sabun dan berus di tapak kaki dan celah-celah jari serta kuku kaki untuk membuang segala kotoran. Kotoran juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah bau kaki yang kuat.

9-     Elakkan memakai kasut yang sama lebih dari tiga hari. Tukar-tukarlah kasut.

10-  Jika kaki masih basah lapikkan kasut anda dengan tisu kering. Ini kerana tisu mampu menyerap kelembapan jadi jangan sia-siakan kelebihannya.