Thursday 25 August 2016

Majlis iReach Superstar Award dan Jamuan Raya yang sangat meriah

Akhirnya siap jugak video yang ditunggu². Hasil kekretifan jurugambar profesional iReach, Munzir Rahim a.k.a abam Munz. Jom tengok sama² dan cuba cari, ada tak ahkak terselit dalam video ni..kihkih..


Ha, nampak tak ahkak? Walaupun nampak sipi² tapi puas hati tau dapat join event ni. Dapat berkumpul dengan sebahagian besar keluarga iReach yang semuanya awesome. Tema pakaian baju raya, memang terasa sangat seperti suasana hari raya. Walaupun raya da abis, apadehal.


Majlis iReach Superstar Award & Jamuan Hari Raya ni diadakan pada 20 Ogos yang lepas di Itqan Training Centre, Putra Height Subang Jaya sempena meraikan ahli iReach yang naik rank dan juga yang mencapai jualan tertinggi Vivix dan Set Detox. Dah alang² berkumpul tu, diadakan juga majlis hari raya. Memang sengaja diadakan bukan dalam bulan Syawal disebabkan kekangan masa kerana para leaders berangkat ke Global Conference di Orlando pada akhir Syawal yang lalu.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan dari Master Lyna Noh yang tak pernah jemu menyuntik semangat pada anak cucu cicit beliau. Memang sangat bertuah berada di bawah naungan Master Lyna Noh dan Master Zainul ni kerana mereka ini sememangnya hebat dan berpengetahuan luas.


Selesai ucapan dari Master Lyna, penyampaian anugerah pun berlangsung. Di mulakan dengan anugerah kepada Top Sales Vivix Achiever, Top Sales Detox Achiever dan New Rank Achiever..


Jeng..jeng..jeng. Alhamdulillah, bagaikan mimpi masa terima anugerah ini. Tak pernah menyangka akan dapat anugerah. Ini lah first time terima anugerah selepas da beberapa tahun tinggalkan zaman belajar. Sebab tu muka jadi macam tu. Nak tak nak je senyum, muka blur..hahaha. TOP SALES DETOX ACHIEVER. Allahamdulillah kulli wal ni'mah..
P/s: Anda nak detox? Meh cari saya. Konsultasi PERCUMA dan guide terbaik eksklusif untuk anda tau.



Tadaaa..ini lah anugerah yang menjadi pemangkin semangat untuk berusaha lebih lagi. Bukan anugerah yang di kejar tetapi kepuasan selepas kerja keras yang dilakukan itu sememangnya priceless. Kerja keras yang dilakukan demi insan² tersayang. Biar lah berpenat lelah sekarang demi kesenangan mereka akan datang.


Selesai sesi penganugerahan, ada sesi berkongsi tips skor jualan Vivix oleh Puan Azeni dan Set Detox oleh Puan Zara. Sambil dukung anak pun boleh. Pemandangan biasa tau dalam bisnes Shaklee. Maklumla, family business kan. Boleh angkut semua anak ke mana je.


Sesi diteruskan dengan perkongsian pengalaman menghadiri Global Conference di Orlando, USA oleh Master to be, Puan Lin Chalo. Rasa membuak-buak ingin turut serta Global Conference akan datang 2 tahun lagi selepas mendengar perkongsian Puan Lin. Apa tak nya, delegasi Shaklee di layan bak Raja dan Permaisuri. Tinggal di hotel 6 bintang yang berharga 400 semalaman seorang. Membeli belah di Premium Outlets. Melawat dan berjumpa angkasawan di Kennedy Space Centre. Terlalu banyak untuk di list down. Nanti saya share di entry akan datang, inshaAllah.


Tak cukup dengan itu, Master Zainul pula berkongsi betapa beruntungnya memilih Shaklee kerana satu-satunya company yang berani untuk mengeluarkan Landmark Study ke atas semua produknya. Memang sangat menarik perkongsian beliau. Betul² membuka mata dan minda bagaimana sebuah company yang sudah lama bertapak dan kukuh di persada dunia sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar untuk R&D bukan memikirkan keuntungan semata-mata.


Majlis seterusnya adalah cabutan bertuah..yeay. Saat yang ditunggu ramai, semuanya berharap akan ada tuah kerana hadiahnya bukan calang². 6 buah trolley bag yang di import terus dari US tajaan dari Master Zainul dan Master Lyna Noh. Tengokla senyuman lebar Dr.Shikin. Menurutnya, ini lah kali pertama dia memenangi hadiah cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki beliau hari itu.


Last but not least, persembahan dari uncle Mutu dan 'geng bas sekolah' nya iaitu terdiri dari anak² Shaklee, pewaris legasi mak ayah mereka. Dan sesi bergambar penerima anugerah dengan Master Zainul dan Master Lyna.


Penutup majlis ialah bergambar beramai-ramai. Buat kenang-kenangan dan berakhirlah majlis untuk kali ini. Tak sabar nak tunggu majlis akan datang pula..

Semoga kita bertemu di lain entry. Jom layan beberapa gambar.

Group Shaklee yang paling happening. Luv iReachian.


Group #hunt2shaklee untuk #tsunamishaklee 

Group Bonda E Dagang bawah naungan Bonda Adilah Manaf Celikvitamin dan Apak Fahmy Shuhaimi.