Monday 18 May 2015

Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Entri kali ini saya nak share tips untuk menyusukan anak ketika berpuasa. Tips ini berdasarkan pengalaman saya khas untuk semua ibu yang menyusukan anak.. 

Alhamdulillah waktu susukan anak yang pertama dulu saya dapat berpuasa penuh sebab saya hanya datang bulan sewaktu anak dah masuk setahun lebih.. 

Ibu2 jgn takut dgn bulan Ramadhan, laluilah hari2 tersebut dgn tenang, sentiasa positif, In sha Allah kuantiti susu yg dihasilkan akan kekal seperti biasa..jika kurang pun mungkin amaunnya sedikit saja.. 

Ini kerana walaupun kita tak makan, badan akan tetap beri priority untuk hasilkan susu menggunakan simpanan zat dalam badan..apa yang hanya anda perlu lakukan ialah :-

Sentiasa positif dan yakin dengan diri kita sendiri 

Jangan sesekali tinggal waktu sahur. Makanlah nasi atau makanan yang agak berat. Lebihkan  pengambilan sayur dan buah. JANGAN makan makanan berminyak. Banyakkan makan KURMA.  

Pemakanan yang seimbang amat penting bagi memastikan komposisi susu ibu yang dihasilkan tidak terganggu, malah zat simpanan dalam badan yang digunakan sewaktu penghasilan susu dapat diganti semula. 

Pastikan anda MINUM banyak air sewaktu berbuka dan bersahur. Minum susu, milo suam, horlick atau minuman malt. 

Pam susu seperi biasa. Tetapkan sesi seperti sesi pertama selepas sahur atau sebelum solat subuh sekurangnya boleh bertahan hingga tengahari. Sesi kedua pula waktu tengahari kiranya waktu lunch la dan sesi ketiga waktu petang. Bagi yang bekerja, sebelum habis office hour.
Jika waktu cuti @ weekend, anda boleh buat stok EBM. Kalau larat, boleh DF baby. Tapi kalau tak larat, boleh minta tolong suami susukan anak menggunakan botol. 

Sewaktu berbuka, makan makanan berkhasiat dan seimbang. Sekali lagi, pastikan makan makanan berat kerana ibu menyusu memerlukan 500 kalori lebih banyak dari ibu yang tidak menyusukan anak. 

Pastikan anda pam susu sebelum tidur atau kerap susukan anak waktu malam untuk pastikan lebih banyak demand untuk penghasilan susu di waktu siang. 

Jangan lupa berdoa semoga Allah permudahkan segala-galanya. Hanya dengan izinNya kita mampu lakukan, in sha Allah. 

Credit,
Puan Fazila Abd Rahman 
Malaysian Breastfeeding Peer Canselor.     



Anda juga boleh amalkan minum ESP campur dengan milo dan oat sewaktu berbuka dan sewaktu sahur. ESP bukanlah milk booster tetapi sebagai suplemen tambahan untuk kekal sihat dan cergas di samping membekalkan nutrien lengkap buat si manja dan anda.





Set Mighty 3 Gems


Set Mighty 3 Gems juga amat membantu ibu untuk kekal cergas.








Juga boleh amalkan zikir di bawah.. 

  

In sha Allah.. Mudah-mudahan hasrat kita untuk menyusukan anak berjaya dengan izinNya.aamiin..


Semoga berjaya, ibu-ibu yang HEBAT.. :)



XOXO..

Aieda Nasir
1092227
SMS/WA : 013-6392285


No comments:

Post a Comment