Friday 3 July 2015

7 Tips Mudah Miliki Kulit Wajah 'Flawless'

Assalamualaikum..

Setiap wanita ingin miliki kulit yang cantik tanpa cela kan? Bukan sahaja wanita, lelaki zaman sekarang pun sama. Ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk mendapat kulit yang 'flawless'.
Sebenarnya tak sukar mana pun untuk mendapat kulit wajah yang bersih dan sihat.



Jom cuba tips ini..
  • Anda perlu rajin membersihkan skrin telefon bimbit kerana segala kotoran yang ada di skrin boleh menyebabkan wajah di bahagian pipi tumbuh jerawat.
  • Amalkan teknik skrub sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Untuk tujuan skrub, saya lebih suka guna NutriWhite Action Makeup Remover kerana ia bukan sahaja berfungsi untuk tanggalkan sisa mekap tetapi juga segala kotoran di wajah. Tekstur lebih lembut dan selamat digunakan hari-hari setiap kali cuci muka.
  • Amalkan minum air putih setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Jangan biasakan diri tidur berlapikkan rambut, ini kerana kotoran yang ada di persekitaran anda boleh terlekat di kawasan rambut.
  • Anda tidak boleh ambil mudah tentang produk penjagaan wajah yang anda gunakan. Pastikan ia sesuai dengan kulit dan tidak akan meninggalkan kesan sampingan pada kulit anda.
  • Luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri dengan mengaplikasikan penggunaan krim wajah siang dan malam. Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa kerana kemungkinan ada bahagian yang anda akan terlepas pandang.
  • Buat urutan wajah setiap hari sekurang-kurangnya 1-3 minit sehari
    Mudah bukan? Apa yang penting ialah anda perlu amalkan tips-tips ini secara konsisten sehingga kulit wajah anda kelihatan bersih dan sihat.

    Selain tips-tips tersebut, anda juga boleh amalkan pengambilan suplemen untuk kecantikan kulit dari dalam. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi bersesuaian dengan masalah kulit anda.

    Salam sayang,

    Aieda Nasir (1092227)

    SMS/Whatsapp : 013-6392.285

    No comments:

    Post a Comment