Thursday 2 July 2015

14 Zon Jerawat di Badan dan Penyebabnya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.. Jom baca entri mengenai jerawat yang berkemungkinan juga punca penyakit. Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang sering menganggu terutamanya bagi wanita yang amat menitikberatkan tentang penampilan. Jerawat yang kecil pun boleh menjadi masalah yang besar lebih-lebih lagi ketika mahu menghadiri acara penting contohnya ketika majlis reunion atau acara anjuran pejabat. Selama ni kita biasa tahu, jerawat ada di bahagian muka. Namun sebenarnya, jerawat boleh muncul di 14 area badan. Setiap lokasi tumbuhnya jerawat itu pula sebenarnya signal yang memberitahu kita tentang masalah kesihatan yang sedang kita alami. Anda mahu tahu masalah kesihatan yang anda alami berdasarkan jerawat yang tumbuh di badan anda? Jom baca supaya dapat membantu anda lebih prihatin mengenai kesihatan badan anda.    
 
 
Zon 1: Masalah Hormon     Zon 1 adalah area leher dan rahang. Selain di muka, kita biasa lihat ada juga orang yang mempunyai jerawat di area leher. Area ini berhubungan dengan kelenjar hormon. Boleh jadi disebabkan stres atau terlalu banyak consume gula. Boleh juga disebabkan oleh daki pakaian atau hujung rambut yang kotor.
Zon 2 dan 3: Stres     Zon 2 dan 3 berada pada area bahu. Jika anda mempunyai jerawat di bahagian bahu, keadaan anda sedang tegang dan stres. Jerawat pada area ini memang berhubungan dengan keadaan fikiran yang sensitif. Boleh terjadi pada masa sebelum kedatangan haid. Selain itu, penyebab lain adalah pakaian atau beg tangan yang bergesel pada area ini. Jerawat ini boleh disebabkan oleh kesan peluh atau kulit yang sensitif terhadap produk kulit yang sedang anda gunakan.
Zon 4: Masalah Pencernaan     Jerawat ini terletak pada bahagian dada atas. Menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah dengan pencernaan. Mungkin Anda sedang berdiet, pengambilan makanan pedas atau juga terlalu banyak pengambilan minuman sejuk. Selain itu, penyebabnya boleh jadi pakaian yang terlalu ketat sehingga menimbulkan peluh yang mengganggu dan menimbulkan jerawat.
Zon 5 dan 6: Perlu Vitamin     Jerawat juga boleh tumbuh di area lengan. Berkaitan dengan keadaan badan yang boleh nampak dari kulit anda. Mungkin anda memerlukan vitamin untuk kulit dan tubuh badan. Pengambilan buah-buahan boleh mengatasinya secara semulajadi.
Zon 7: Gula dalam Darah
Apakah jerawat anda muncul di area perut? Perut merupakan area di mana terdapat banyak kelenjar minyak. Bila ada jerawat di area tersebut, boleh jadi disebabkan oleh gula dalam darah yang meningkat. Penyebab lainnya yang umum adalah disebabkan peluh, terkena pakaian dan produk rawatan kulit.
Zon 8: Kebersihan
Zon 8 adalah area sekitar Miss V. Bila jerawat sampai muncul di area ini, memang cukup mengganggu dan sukar dihilangkan. Biasanya terjadi kerana pembersihan bulu atau pencukuran, namun dilakukan dengan kurang bersih. Jaga Miss V agar tetap kering dan bersih dengan menggunakan pakaian dalam yang lembut untuk mencegahnya makin parah.
Zon 9-10: Kulit Sensitif dan Alergi
Jerawat yang muncul di area paha mungkin disebabkan oleh kulit kering, sensitif atau mengalami alergi. Boleh jadi alergi makanan, bahan pakaian atau produk rawatan kulit lainnya.
Zona 11-14: Tekanan Dan Masalah Pencernaan
Bila anda mengalami jerawat di area ini, mungkin anda mengalami tekanan dan masalah pencernaan. Tekanan ini menyebabkan peluh berlebih dan rasa tak selesa yang mampu menimbulkan jerawat. Boleh juga disebabkan oleh makanan yang terlalu banyak kalori.      Hmm.. dah dapat tahu serba sedikit tentang jerawat di badan. Cuba check, ada tak anda mengalami masalah seperti di atas? Jika ada, jangan segan silu hubungi saya. InsyaAllah saya ada penyelesaiannya..
SMS/Whatsapp : 013-6392.285

No comments:

Post a Comment