Mengenai Saya

Assalamualaikum w.b.t..


Hai, nama saya Aieda, isteri kepada a loving husband Mohd Faisal dan mommy kepada 3 orang anak yang comel dan bijak, Muhammad Aisy Fayyadh 5 tahun,  Nur Fatihah Aisyah 3 tahun dan Azhraf Fardy 8 bulan. Saya merupakan pengedar sah produk Shaklee. Saya telah menggunakan produk Shaklee selama hampir 4 tahun bermula hanya sekadar ingin sihat di samping menyusukan anak. Kesedaran betapa pentingnya penyusuan susu ibu telah mendorong saya supaya mencari suplemen untuk kekal sihat bagi menjamin tubuh badan yang sentiasa cergas walaupun sibuk dengan tugasan seharian. Jadi penghasilan susu tidak terganggu dan dapat menghasilkan susu yang mencukupi buat si manja.  Oleh kerana saya amat berpuas hati dengan kualiti dan nutrisi yang terdapat dalam produk Shaklee, menyebabkan saya terdorong untuk berkongsi pula tentang kebaikannya dengan keluarga, rakan2 dan orang ramai. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif.

Niat saya hanya satu, ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan semua orang. Sama² menjaga nikmat kesihatan yang merupakan satu amanah bagi kita. Bagi saya apa yang penting ialah kepuasan hati pengguna. Sebab itu saya mengutamakan kepentingan pengguna lebih daripada yang lain dengan menitikberatkan kepentingan maklumat yang tepat sebanyak mungkin.

Oleh kerana saya akan menceburkan diri dalam bidang ini untuk jangka masa panjang, jadi saya akan cuba berikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna. Ketidakpuasan hati pengguna terhadap perkhidmatan saya hanya akan merosakkan reputasi saya. Oleh itu, sebarang aduan atau ketidakpuasan boleh terus diajukan pada saya supaya saya dapat memperbaikinya dan meningkatkan mutu perkhidmatan saya.

Diharap segala perkongsian di laman blog saya ini mampu menjadi saham akhirat untuk saya kelak. Yang baik itu datang dr Allah, yang kurang itu datangnya dr saya hambaNya yang dhoif.

Jika anda berminat untuk mengenali saya dengan lebih lanjut, saya boleh ditemui di Facebook atau Google+.
Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya DI SINI.

No comments:

Post a Comment