Friday 16 September 2016

Pilihan Si Duta Cilik Shaklee

Tengok mami berselfie semalam, diorg pun sibuk nak jgk jadi duta Shaklee. Mami layankan haje.. 😒
.
.
Daily routine, memang akan bagi anak² makan suplemen. Saya mengaku saya tak boleh nak sediakan mereka makanan yg betul² seimbang. Sayur saya tak tanam sendiri. Ayam ikan tak bela sendiri. Boleh beli tapi terjamin ke tiada bahan kimia? Organik pun susah nak dapat tambahan pula agak mahal. Mereka pun ada masanya agak memilih. Sebab tu sebolehnya saya akan pastikan mereka makan suplemen yg secukupnya untuk kebaikan mereka. Apatah lg sekarang byk sgt pencemaran berlaku.
.
.
Masa mula² dulu, saya bagi Mealshakes saje untuk tambah selera makan dan elakkan sembelit tapi sejak Aisy kena kayap, saya tambahkan lagi suplemen yang sesuai dengan mereka untuk boostkan lagi sistem imun. Mintak dijauhkan dari terjadi lagi. Nauzubilahiminzalik..
Seksa tau tgk Aisy menanggung sakit. Nak tido tak boleh, asik merengek je. Tgk anak demam pun x keruan, inikan pula sakit mcmtu.. 😢

So sekarang mereka consume Mealshakes, Vit c chewable, OmegaGuard dan Vitalea for children.

💊 Mealshakes
Mengandungi 19 vitamin dan mineral yang penting.
Nutrisi asas utk tumbesaran.
Kaya kalsium dan rendah GI.

💊 Vita C chewable :
Menguatkan immune system
Membantu penyembuhan luka dgn cepat
Kaya dengan antioksida membantu mengawal kerosakan sel

💊 OmegaGuard
Membantu daya ingatan dan focus bila belajar
DHA perlu untuk fungsi otak lebih sihat

💊 Vitalea for kids
Mengandungi 100% vitamin c, d dan e
Mengandungi calcium, magnesium, zinc dll
.
.
InshaAllah semoga mereka sentiasa sihat, dijauhkan penyakit merbahaya..aamiin..

Jom sama² berikan yang terbaik untuk anak² kita..😉

#hunt2shaklee
#tsunamishaklee
#redahhaje

Sumber protein terbaik dan menjadi pilihan ramai

Hikhik..sis selfie ngan ESP plak da..Kasi can la..ngee..🙈

ALL TIME FAVOURITE!!

Kalau ikutkan, semua suplemen Shaklee adalah favourite tapi disebabkan ESP ni 'cinta pertama', maka dia la terpilih untuk selfie bersama..hihi.
.

Siyesly, mula kenal Shaklee pun bermula dengan ESP ni la. Consume ESP sbb nak bertenaga di samping bf Aisy 5 tahun lalu. Biasala, br bergelar seorang ibu. Nak uruskan rumahtangga dan baby tanpa pembantu, memang memenatkan bagi saya. Plus mmg dr mula preggy decided nak fully bf Aisy sampai umur 2 tahun menyebabkan saya perlu cari suplemen yang dapat membantu untuk kekal bertenaga dan tak stress.
.

Risik punya risik, selidik punya selidik..ESP Shaklee menjadi pilihan sebab saya ni seorang yg particular skit kalau berkaitan dgn diri dan pemakanan. Bkn jenis simply2 makan sebarangan produk. Tak mo risiko kan diri kekdahnya. 😅
Sebab tu bila tahu Shaklee ni ada saintis, ada ujian klinikal dan journal..zass, terus jadi pilihan hati. 💕
.

Tambahan, ESP works wonder on me. 😍 Seharian buat kerja rumah, kurang rs letih. Less stress so perjalanan penyusuan pun smooth je. Alhamdulillah, target menyusukan Aisy selama 2 tahun pun tercapai eventho hujung² tu kena campur susu formula sebab preggy kan Aisyah..😂
.

Lagipun banyak good effect lain yang saya dapat menyebabkan saya setia dengan ESP.

Utk info, ESP ni sumber protein. Protein plak merupakan 'makanan' sel. Bila sel dapat 'makanan' yang baik, inshaAllah badan kita pun sihat.
.

Banyak lagi la kebaikannya. Nati² saya share lagi, stay tuned.. 😘

#pts
#tsunamishaklee
#11ramadan

Thursday 25 August 2016

Majlis iReach Superstar Award dan Jamuan Raya yang sangat meriah

Akhirnya siap jugak video yang ditunggu². Hasil kekretifan jurugambar profesional iReach, Munzir Rahim a.k.a abam Munz. Jom tengok sama² dan cuba cari, ada tak ahkak terselit dalam video ni..kihkih..


Ha, nampak tak ahkak? Walaupun nampak sipi² tapi puas hati tau dapat join event ni. Dapat berkumpul dengan sebahagian besar keluarga iReach yang semuanya awesome. Tema pakaian baju raya, memang terasa sangat seperti suasana hari raya. Walaupun raya da abis, apadehal.


Majlis iReach Superstar Award & Jamuan Hari Raya ni diadakan pada 20 Ogos yang lepas di Itqan Training Centre, Putra Height Subang Jaya sempena meraikan ahli iReach yang naik rank dan juga yang mencapai jualan tertinggi Vivix dan Set Detox. Dah alang² berkumpul tu, diadakan juga majlis hari raya. Memang sengaja diadakan bukan dalam bulan Syawal disebabkan kekangan masa kerana para leaders berangkat ke Global Conference di Orlando pada akhir Syawal yang lalu.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan dari Master Lyna Noh yang tak pernah jemu menyuntik semangat pada anak cucu cicit beliau. Memang sangat bertuah berada di bawah naungan Master Lyna Noh dan Master Zainul ni kerana mereka ini sememangnya hebat dan berpengetahuan luas.


Selesai ucapan dari Master Lyna, penyampaian anugerah pun berlangsung. Di mulakan dengan anugerah kepada Top Sales Vivix Achiever, Top Sales Detox Achiever dan New Rank Achiever..


Jeng..jeng..jeng. Alhamdulillah, bagaikan mimpi masa terima anugerah ini. Tak pernah menyangka akan dapat anugerah. Ini lah first time terima anugerah selepas da beberapa tahun tinggalkan zaman belajar. Sebab tu muka jadi macam tu. Nak tak nak je senyum, muka blur..hahaha. TOP SALES DETOX ACHIEVER. Allahamdulillah kulli wal ni'mah..
P/s: Anda nak detox? Meh cari saya. Konsultasi PERCUMA dan guide terbaik eksklusif untuk anda tau.



Tadaaa..ini lah anugerah yang menjadi pemangkin semangat untuk berusaha lebih lagi. Bukan anugerah yang di kejar tetapi kepuasan selepas kerja keras yang dilakukan itu sememangnya priceless. Kerja keras yang dilakukan demi insan² tersayang. Biar lah berpenat lelah sekarang demi kesenangan mereka akan datang.


Selesai sesi penganugerahan, ada sesi berkongsi tips skor jualan Vivix oleh Puan Azeni dan Set Detox oleh Puan Zara. Sambil dukung anak pun boleh. Pemandangan biasa tau dalam bisnes Shaklee. Maklumla, family business kan. Boleh angkut semua anak ke mana je.


Sesi diteruskan dengan perkongsian pengalaman menghadiri Global Conference di Orlando, USA oleh Master to be, Puan Lin Chalo. Rasa membuak-buak ingin turut serta Global Conference akan datang 2 tahun lagi selepas mendengar perkongsian Puan Lin. Apa tak nya, delegasi Shaklee di layan bak Raja dan Permaisuri. Tinggal di hotel 6 bintang yang berharga 400 semalaman seorang. Membeli belah di Premium Outlets. Melawat dan berjumpa angkasawan di Kennedy Space Centre. Terlalu banyak untuk di list down. Nanti saya share di entry akan datang, inshaAllah.


Tak cukup dengan itu, Master Zainul pula berkongsi betapa beruntungnya memilih Shaklee kerana satu-satunya company yang berani untuk mengeluarkan Landmark Study ke atas semua produknya. Memang sangat menarik perkongsian beliau. Betul² membuka mata dan minda bagaimana sebuah company yang sudah lama bertapak dan kukuh di persada dunia sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar untuk R&D bukan memikirkan keuntungan semata-mata.


Majlis seterusnya adalah cabutan bertuah..yeay. Saat yang ditunggu ramai, semuanya berharap akan ada tuah kerana hadiahnya bukan calang². 6 buah trolley bag yang di import terus dari US tajaan dari Master Zainul dan Master Lyna Noh. Tengokla senyuman lebar Dr.Shikin. Menurutnya, ini lah kali pertama dia memenangi hadiah cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki beliau hari itu.


Last but not least, persembahan dari uncle Mutu dan 'geng bas sekolah' nya iaitu terdiri dari anak² Shaklee, pewaris legasi mak ayah mereka. Dan sesi bergambar penerima anugerah dengan Master Zainul dan Master Lyna.


Penutup majlis ialah bergambar beramai-ramai. Buat kenang-kenangan dan berakhirlah majlis untuk kali ini. Tak sabar nak tunggu majlis akan datang pula..

Semoga kita bertemu di lain entry. Jom layan beberapa gambar.

Group Shaklee yang paling happening. Luv iReachian.


Group #hunt2shaklee untuk #tsunamishaklee 

Group Bonda E Dagang bawah naungan Bonda Adilah Manaf Celikvitamin dan Apak Fahmy Shuhaimi.

Friday 3 July 2015

Penjagaan Wajah Bersama Set Nutriwhite

Assalamualaikum..

Apa yang menarik dengan Shaklee yang membuatkan saya jatuh cinta adalah ianya bukan sahaja menyediakan penjagaan diri dari dalam seperti suplemen tetapi turut menyediakan sistem penjagaan diri dan wajah dari luaran. Salah satunya ialah set penjagaan wajah Nutriwhite. 



Apa yang menarik tentang Set Nutriwhite ini?
Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.Mengambil masa 3 tahun untuk membangunkannyaPemilihan bahan aktif dan mentah diperoleh di 16 buah negaraUjian yang menyeluruhUnik, pengwujudan eksklusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihanRamuan gabungan yang optimumSelamat dan berkesanVitamin C derivatif (ascorbyl / glicoside) ramuan selamat dan terbukti  yang digunakan dalam formula kami untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunderPatent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya. 
5 Cara Nutriwhite Bekerja 
Menghalang : kerosakan matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit anda dari dirosakkan, gelap kesan sinar cahaya matahari dan UVBerkurangan : pigmen gelap dalam kulit untuk mencegah nada kulit kusamMenyekat : pigmen gelap dari sel-sel kulit asas daripada memindahkan kepada lapisan atas, membantutkan kemunculan tompok-tompok hitamMemperbaharui : dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness, mewujudkan rupa cerah dan kulit lebih bercahayaMencerah : Hasil dari melanin yang sedia ada, yang membawa kepada wajah yang lebih rata dan nada kulit cerah
Langkah Untuk Wajah Lebih Berseri




Testimoni Pengguna Set Nutriwhite











Untuk pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi saya melalui SMS atau Whatsapp di talian +6013-639.2285.

Aieda Nasir (1092227)


7 Tips Mudah Miliki Kulit Wajah 'Flawless'

Assalamualaikum..

Setiap wanita ingin miliki kulit yang cantik tanpa cela kan? Bukan sahaja wanita, lelaki zaman sekarang pun sama. Ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk mendapat kulit yang 'flawless'.
Sebenarnya tak sukar mana pun untuk mendapat kulit wajah yang bersih dan sihat.



Jom cuba tips ini..
  • Anda perlu rajin membersihkan skrin telefon bimbit kerana segala kotoran yang ada di skrin boleh menyebabkan wajah di bahagian pipi tumbuh jerawat.
  • Amalkan teknik skrub sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Untuk tujuan skrub, saya lebih suka guna NutriWhite Action Makeup Remover kerana ia bukan sahaja berfungsi untuk tanggalkan sisa mekap tetapi juga segala kotoran di wajah. Tekstur lebih lembut dan selamat digunakan hari-hari setiap kali cuci muka.
  • Amalkan minum air putih setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Jangan biasakan diri tidur berlapikkan rambut, ini kerana kotoran yang ada di persekitaran anda boleh terlekat di kawasan rambut.
  • Anda tidak boleh ambil mudah tentang produk penjagaan wajah yang anda gunakan. Pastikan ia sesuai dengan kulit dan tidak akan meninggalkan kesan sampingan pada kulit anda.
  • Luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri dengan mengaplikasikan penggunaan krim wajah siang dan malam. Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa kerana kemungkinan ada bahagian yang anda akan terlepas pandang.
  • Buat urutan wajah setiap hari sekurang-kurangnya 1-3 minit sehari
    Mudah bukan? Apa yang penting ialah anda perlu amalkan tips-tips ini secara konsisten sehingga kulit wajah anda kelihatan bersih dan sihat.

    Selain tips-tips tersebut, anda juga boleh amalkan pengambilan suplemen untuk kecantikan kulit dari dalam. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi bersesuaian dengan masalah kulit anda.

    Salam sayang,

    Aieda Nasir (1092227)

    SMS/Whatsapp : 013-6392.285

    Thursday 2 July 2015

    Perbezaan GLA Complex Shaklee dengan EPO di pasaran

    Assalamualaikum..

    Teringat dulu masa zaman bujang, saya selalu kena senggugut. Kebetulan masa tu kerja di farmasi, jadi pharmacist ada cadangkan ambil EPO untuk stabilkan hormon. Dia nasihatkan supaya konsisten ambil agar hormon stabil. Maka akan datang tiada lah masalah berkaitan hormon lebih-lebih lagi risiko untuk sukar hamil. Risau sgt masa dengar dia cakap begitu, maklumla masih bujang kan. Saya pun ikut nasihat dia. Alhamdulillah senggugut beransur kurang.

    Di awal perkahwinan tu adalah juga senggugut datang menyerang sesekali. Tapi tak lah teruk sangat. Selepas setahun berkahwin, alhamdulillah rezeki dapat anak. Selepas dapat anak, mula berkenalan dengan Shaklee. Sebab masa tu niat nak menyusukan anak hingga 2 tahun, so carilah suplemen yang dapat membantu berikan tenaga semasa menyusukan anak di samping buat kerja rumah. Bila dah kenal Shaklee, dapat tahu rupanya Shaklee pun ada suplemen untuk hormon iaitu Gamma-Linolenic Acid (GLA) Complex. Bila dikaji dan cuba, ternyata GLA Complex lebih bagus dari Evening Primerose Oil (EPO).





    Apakah beza Gamma-Linolenic Acid (GLA) vs Evening Primerose Oil (EPO)?

    GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.
    Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


    Apa pula Manfaat Utama GLA Complex ini? 

    Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

    Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

    Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

    Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

    Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

    Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

    Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

    Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hyper.

    Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

    Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

    Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.       


    Testimoni pengguna GLA Complex 















    GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
    Ramai orang salah anggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, suplemen GLA asid linoleik sama penting seperti asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Ia sangat penting untuk kanak-kanak (potong kapsul lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopous dan andropause (menopous lelaki).  Jika anda mempunyai sebarang masalah dan memerlukan suplemen GLA Complex ini, jangan malu dan segan untuk hubungi saya. InsyaAllah saya bantu anda.
    Konsultasi adalah PERCUMA.. =)

    Salam sayang,
    Aieda Nasir (1092227)
    SMS/Whatsapp : 013-6392.285 


    14 Zon Jerawat di Badan dan Penyebabnya

    Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.. Jom baca entri mengenai jerawat yang berkemungkinan juga punca penyakit. Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang sering menganggu terutamanya bagi wanita yang amat menitikberatkan tentang penampilan. Jerawat yang kecil pun boleh menjadi masalah yang besar lebih-lebih lagi ketika mahu menghadiri acara penting contohnya ketika majlis reunion atau acara anjuran pejabat. Selama ni kita biasa tahu, jerawat ada di bahagian muka. Namun sebenarnya, jerawat boleh muncul di 14 area badan. Setiap lokasi tumbuhnya jerawat itu pula sebenarnya signal yang memberitahu kita tentang masalah kesihatan yang sedang kita alami. Anda mahu tahu masalah kesihatan yang anda alami berdasarkan jerawat yang tumbuh di badan anda? Jom baca supaya dapat membantu anda lebih prihatin mengenai kesihatan badan anda.    
     
     
    Zon 1: Masalah Hormon     Zon 1 adalah area leher dan rahang. Selain di muka, kita biasa lihat ada juga orang yang mempunyai jerawat di area leher. Area ini berhubungan dengan kelenjar hormon. Boleh jadi disebabkan stres atau terlalu banyak consume gula. Boleh juga disebabkan oleh daki pakaian atau hujung rambut yang kotor.
    Zon 2 dan 3: Stres     Zon 2 dan 3 berada pada area bahu. Jika anda mempunyai jerawat di bahagian bahu, keadaan anda sedang tegang dan stres. Jerawat pada area ini memang berhubungan dengan keadaan fikiran yang sensitif. Boleh terjadi pada masa sebelum kedatangan haid. Selain itu, penyebab lain adalah pakaian atau beg tangan yang bergesel pada area ini. Jerawat ini boleh disebabkan oleh kesan peluh atau kulit yang sensitif terhadap produk kulit yang sedang anda gunakan.
    Zon 4: Masalah Pencernaan     Jerawat ini terletak pada bahagian dada atas. Menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah dengan pencernaan. Mungkin Anda sedang berdiet, pengambilan makanan pedas atau juga terlalu banyak pengambilan minuman sejuk. Selain itu, penyebabnya boleh jadi pakaian yang terlalu ketat sehingga menimbulkan peluh yang mengganggu dan menimbulkan jerawat.
    Zon 5 dan 6: Perlu Vitamin     Jerawat juga boleh tumbuh di area lengan. Berkaitan dengan keadaan badan yang boleh nampak dari kulit anda. Mungkin anda memerlukan vitamin untuk kulit dan tubuh badan. Pengambilan buah-buahan boleh mengatasinya secara semulajadi.
    Zon 7: Gula dalam Darah
    Apakah jerawat anda muncul di area perut? Perut merupakan area di mana terdapat banyak kelenjar minyak. Bila ada jerawat di area tersebut, boleh jadi disebabkan oleh gula dalam darah yang meningkat. Penyebab lainnya yang umum adalah disebabkan peluh, terkena pakaian dan produk rawatan kulit.
    Zon 8: Kebersihan
    Zon 8 adalah area sekitar Miss V. Bila jerawat sampai muncul di area ini, memang cukup mengganggu dan sukar dihilangkan. Biasanya terjadi kerana pembersihan bulu atau pencukuran, namun dilakukan dengan kurang bersih. Jaga Miss V agar tetap kering dan bersih dengan menggunakan pakaian dalam yang lembut untuk mencegahnya makin parah.
    Zon 9-10: Kulit Sensitif dan Alergi
    Jerawat yang muncul di area paha mungkin disebabkan oleh kulit kering, sensitif atau mengalami alergi. Boleh jadi alergi makanan, bahan pakaian atau produk rawatan kulit lainnya.
    Zona 11-14: Tekanan Dan Masalah Pencernaan
    Bila anda mengalami jerawat di area ini, mungkin anda mengalami tekanan dan masalah pencernaan. Tekanan ini menyebabkan peluh berlebih dan rasa tak selesa yang mampu menimbulkan jerawat. Boleh juga disebabkan oleh makanan yang terlalu banyak kalori.      Hmm.. dah dapat tahu serba sedikit tentang jerawat di badan. Cuba check, ada tak anda mengalami masalah seperti di atas? Jika ada, jangan segan silu hubungi saya. InsyaAllah saya ada penyelesaiannya..
    SMS/Whatsapp : 013-6392.285