Wednesday 1 July 2015

8 Jenis Makanan Untuk Kurangkan Stress

Assalamualaikum..

Stress, semua orang pernah rasa stress kan? Tak terkecuali saya.hehe.. Stress ni pula terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab. Namun, apa pun sebabnya, stress ini tidak bagus untuk kesihatan tau. Jika selalu stress, kesihatan kita akan turut terganggu. Jadi, bagaimana untuk tangani stress ini?

Kebiasaannya ramai yang suka makan ketika dilanda masalah ataupun sedang tertekan kan? Saya lah tu. Ini akan mengakibatkan berat badan akan cepat naik ketika stress. Dahlah tengah bermasalah, berat badan pula makin naik, maka bertambah stress jadinya.hehe..

Tetapi jangan risau, anda tetap boleh makan ketika stress tetapi pilihlah makanan yang berkhasiat. Malah ada juga beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghilangkan stress anda.



Antaranya:

1) Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

2) Coklat gelap bersama kacang badam
Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stress. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan.

3) Smoothies
Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda.

4) Kekacang dan biji-bijian
Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci. Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stress dan menggalakkan hormon-hormon sihat.

5) Keledek
Manis, sedap, dan kaya nutrien!
Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Lagipun keledek memang mengenyangkan.

6) Yogurt dengan buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stress. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

7) Kari sayur-sayuran
Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga.

8) Teh hijau
Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.

Selain makanan, pengambilan suplemen juga dapat membantu mengurangkan stress. Antara suplemen tersebut ialah B-complex. Saya sememangnya mengamalkan pengambilan B-Complex lebih-lebih lagi sekarang sedang hamil di samping melayan 2 orang anak syurga..

Salam sayang,

Aieda Nasir

Shaklee ID : 1092227

013-639 2285

No comments:

Post a Comment