Tuesday 19 May 2015

HB Rendah Punca Keguguran Bayi??

Assalamualaikum..

Entri kali ni saya nak share mengenai risiko jika bacaan HB rendah semasa hamil. Ramai juga kan ibu2 hamil pernah mengalami bacaan HB yang rendah? Bila da tahu HB rendah, mesti rasa cuak nak pergi check-up sebab takut kena marah dengan doctor atau nurse yang bertugas. Tapi adakah ibu-ibu sedar bahawa bacaan HB rendah pada ibu hamil bukan setakat membahayakan ibu, malah boleh menyebabkan keguguran sekiranya tidak diatasi dengan segera?

Macam sorang mommy ni, HB mencecah 8.7 gm% dan dah pernah duduk di hospital 2 kali tapi masih tak serik sampailah ada sesuatu terjadi. Barulah insaf.
Jom tonton video 1 minit ini untuk tahu apa yang berlaku kepadanya:

                

Kenapa Iron ( Zat Besi ) sangat penting?
Iron adalah mineral yang membentuk satu bahagian penting hemoglobin (bahan dalam darah yang membawa oksigen ke seluruh badan). Iron membawa oksigen dalam otot yang membantu otot berfungsi dengan baik. Di samping itu, Iron juga membantu meningkatkan daya tahan kita terhadap stress dan penyakit.
Semasa kita hamil, badan kita menyerap Iron dengan lebih cekap, jadi adalah sangat penting untuk kita mengambil lebih banyak Iron semasa hamil bagi memastikan kita dan baby mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Iron juga akan membantu kita dalam mengelakkan gejala keletihan, lemah, cepat marah, dan kemurungan.

Berapakah Jumlah Iron (Zat Besi) Yang Kita Perlukan?
Bagi wanita yang tidak hamil, kita memerlukan hanya 15mg Iron. Namun jumlah ini meningkat kepada 30mg Iron.

Kenapa Keperluan Iron Meningkat Sekali Ganda Bagi Ibu Hamil?
  • Kerana pada waktu kita hamil, kandungan darah kita akan meningkat sebanyak 50%, jadi kita perlukan lebih banyak Iron untuk membina hemoglobin.
  • Apabila kandungan kita menginjak ke Trimester Ke-2 dan Ke-3, lebih banyak Iron diperlukan untuk pembesaran baby dan placenta.
  • Kebanyakan ibu hamil tak sedar yang mereka kekurangan Iron sebelum hamil lagi, jadi bila mereka disahkan hamil, keperluan kepada Iron menjadi lebih
  • Sekiranya ibu disahkan menghidapi Anemia, haruslah lebih berhati-hati kerana boleh mengundang kepada risiko kelahiran baby pra-matang, baby kurang berat dan paling teruk boleh mengakibatkan kematian, nauzubillahi min zalik..

Bagaimana Nak Dapatkan Sumber Iron?

Ada dua jenis Iron iaitu Non-Heme Iron dan juga Heme Iron.

Non-Heme Iron boleh didapati dari sumber tumbuhan. Penyerapan non-heme Iron adalah sebanyak 2-20%
Heme-Iron boleh didapati dari sumber haiwan. Penyerapan Heme-Iron adalah sebanyak 7-35%


Apakah Faktor Yang Menghalang Penyerapan Iron?
  • Caffeine boleh menghalang penyerapan Iron. Sekiranya nak jugak minum minuman berkafein, jarakkan pengambilan Iron Supplement ataupun makanan yang mengandungi Iron sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sebelum atau selepas itu. Selalunya caffeine ni ada pada kopi, teh, coke dan juga chocolate.
  • Iron mudah hilang semasa proses penyediaan makanan. Untuk mengekalkan kandungan Iron yang ada dalam makanan tersebut, minimumkan jumlah air yang digunakan dan masak pada jangka masa paling singkat yang boleh.
  • Ada yang mengatakan pengambilan calcium akan menghalang penyerapan Iron. Namun ada pula kajian menunjukkan ini adalah tidak benar. Wallahualam
Lagi Fakta Tentang Iron
  • Vitamin C sangat membantu dalam penyerapan Iron
  • Sekiranya ibu-ibu mengambil Iron supplement, kesan sampingan seperti sembelit adalah normal. Untuk mengurangkan sembelit, tingkatkan pengambilan fiber dalam menu harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum air melebihi 8 gelas sehari
Masa saya hamilkan Aisy 4 tahun lepas, makanan yang paling cepat bertindak balas adalah jambu batu. Pada mulanya memang susah nak percaya bila ramai suruh cuba makan jambu batu, tapi bila amalkan setiap hari dalam masa seminggu, yang sebelum tu check pernah sampai 8.7 terus naik kepada 12.9. Memang tak dapat nak lupakan.

Tapi berlainan pula masa hamilkan Aisyah 2 tahun lepas. Saya memang amalkan Vitalea with Iron Formula setiap hari. Alhamdulillah tak pernah kena tegur dengan doctor sebab bacaan sentiasa 13.1 ke atas.



Semuanya ketentuan Allah kan. Setiap kandungan lain ragamnya. Semoga ibu-ibu sentiasa tabah ye. Saat hamil lah saat paling istimewa kerana semua amalan jadi pahala. Doa mudah dimakbulkan. Jadi berdoalah semoga semuanya baik-baik saja =)

Sempena ulangtahun ke 100 tahun MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA, Vitalea ini, Shaklee bermurah hati untuk memberinya secara percuma. Ya, PERCUMA. Ingin tahu bagaimana? Jangan ragu dan segan untuk contact saya SMS/WHATSAPP  Aieda 013-639.2285



Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat untuk ibu-ibu hamil yang lain..tima kasih. =)

No comments:

Post a Comment