Tuesday 8 July 2014

Kolesterol Tinggi Risiko Hidap Penyakit Jantung

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. :)

Harini saya nak share mengenai kolesterol la. Info ini sangat penting yang tidak boleh dipandang enteng tau..

Apa itu Hypercholesterolemia?

 
Tahap kolesterol dalam darah yang tinggi akan mengundang pelbagai penyakit terutamanya penyakit jantung. Kolesterol dalam darah yang tinggi tidak menunjukkan gejala-gejala, oleh itu kebanyakan daripada mereka yang memilikinya tidak sedar bahawa tahap kolesterol mereka itu terlalu tinggi.
Dikenali juga dengan nama Hypercholesterolemia, keadaan di mana terlalu banyak kolesterol dalam tubuh. Kolesterol merupakan suatu bahan seperti lemak yang terdapat dalam darah dan kebanyakan tisu terutamanya tisu saraf.
Tubuh menggunakan kolesterol mengikut keperluannya. Sebarang kolesterol yang ditambah terutamanya yang datang melalui makanan boleh memudaratkan. Lebih-lebih lagi ia tidak menunjukkan sebarang gejala di peringkat awal anda mempunyai kolesterol yang tinggi. Cara yang terbaik bagi mengetahui sama ada kolesterol anda tinggi adalah melalui ujian darah.

Ujian Darah
Punca

Dalam beberapa kes, tahap kolesterol tinggi boleh diwarisi. Ini kerana hati (hepar) menghasilkan terlalu banyak kolesterol atau tubuh tidak membuang LDL (kolesterol jahat) daripada darah dengan berkesan dan normal. Kolesterol tinggi boleh juga berkaitan dengan penyakit lain seperti diabetes. Tetapi seringkali ia disebabkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu dan tidak bersenam.

Bagaimana Pembentukan Kolesterol Terjadi

Bahaya Kolesterol Tinggi

Tahap kolesterol tinggi boleh menyebabkan :
  • Aterosklerosis iaitu suatu penyakit pada arteri. Plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam, dan akhirnya menyebabkan penyekatan aliran darah.
  • Risiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari iaitu keadaan tidak normal pada arteri yang membekalkan darah dan oksigen pada jantung.
  • Serangan jantung akan berlaku apabila kawasan otot jantung terhalang selalunya oleh darah beku pada arteri koronari. Keadaan ini boleh menyebabkan otot jantung mati.
  • Angina iaitu sakit pada dada yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat darah dengan secukupnya.
  • Masalah kardiovaskular lain iaitu penyakit pada jantung dan pembuluh darah.
  • Strok dan mini strok akan berlaku apabila darah beku menghalang arteri atau vena sekaligus menganggu peredaran darah ke kawasan otak. Strok juga boleh berlaku apabila pembuluh darah terpecah. Sel-sel otak juga akan mula mati.

 
Aterosklerosis


Serangan Jantung

Angina
  
Gejala-gejala (simptom)

Gejala-gejala kolesterol tinggi tidak akan wujud sendiri dan anda atau doktor tidak boleh mengenalinya hanya dengan menyentuh atau melihat. Ia akan terdedah jika anda mempunyai gejala aterosklerosis, satu masalh biasa bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi. Gejala-gejalanya boleh termasuk :

  • Penyempitan arteri koronari dalam jantung (angina)
  • Kaki yang sakit apabila bersenam. Ini adalah kerana arteri yang membekalkan darah pada kaki telah menjadi sempit.
  • Darah beku dan pembuluh darah yang pecah. Keadaan ini boleh menyebabkan strok atau mini strok.
  • Plak terpecah. Keadaan ini boleh membawa kepada thrombosis koronari iaitu pembentukan darah beku pada salah satu arteri yang memberi darah kepada jantung. Jika berlaku, ia boleh menyebabkan kerosakan signifikan pada otot jantung seterusnya kegagalan jantung.
  • Xanthoma iaitu tompokan kuning tebal pada kulit terutamanya pada sekeliling mata. Tompokan kuning adalah pemendapan lemak dan biasanya disusuli oleh kenaikan aras kolesterol dalam darah. Keadaan ini biasanya dilihat pada mereka yang mewarisi kecenderungan kolesterol tinggi daripada keluarga.  

 Diagnosis tahap kolesterol

Cara untuk mengesan tahap kolesterol adalah melalui ujian darah. Jika tahap kolesterol melebihi 200 mg/dL atau HDL (kolesterol baik) adalah di bawah 40, doktor mungkin akan menyuruh melakukan profil berpuasa lipid (satu ujian yang dilakukan selepas anda tidak makan dan minum selama 12 jam)
Walaupun tahap kolesterol melebihi 200mg dipertimbangkan sebagai tinggi, apa yang dikatakan selamat pada seseorang itu bergantung sama ada mereka itu berisiko untuk mendapat penyakit jantung.

Tahap kolesterol keseluruhan :
Nilai normal : Kurang dari 200 mg/dL
Cukup tinggi : 200-239 mg/dL
Tinggi : 240 mg/dL

Orang dewasa yang mempunyai jumlah HDL keseluruhan dan HDL kolesterol normal perlu memeriksa kolesterol mereka setiap lima tahun. Jika mempunyai kolesterol tinggi, perlu memeriksa kolesterol setiap dua hingga enam bulan. Juga perlu menjalani ujian fungsi hati (hepar) jika memakan ubatan merendahkan kolesterol.

Contoh Keputusan Ujian Kolesterol



Rawatan

Terdapat beberapa rawatan untuk menurunkan tahap kolesterol yang tinggi termasuklah ubat-ubatan yang boleh dipreskripsikan oleh doktor. 

Namun di sini, saya bukanlah mahu menghuraikan satu-satu nama ubatan yang diperlukan tetapi saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan keupayaan supplemen dari Shaklee yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun 2014 sempena National Conference yg lepas iaitu PhytoCol-ST.

PhytoCol-ST Shaklee adalah formulasi proprietari berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol. Ianya kaya dengan fitosterol untuk berganding dengan kolestrol ‘baik’ supaya menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan. Fitosterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fitosterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Tumbuhan yang kaya dengan fitosterol adalah seperti lobak merah, roti gandum mahupun tomato. Namun, kita tidak akan mampu untuk memakannya setiap hari begitu sahaja, oleh itu penyelesaiannya ialah dengan pengambilan supplemen PhytoCol-ST.


Kandungan Dalam PhytoCol-ST yg Mengandungi Cukup Fitosterol

Keistimewaan PhytoCol-ST berbanding yang lain ialah :
  • Dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fitosterol semulajadi yang terdapat dalam bijirin, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
  • Ianya menampung 2000mg fitosterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh badan manusia
  • Fitosterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal yang telah dijalankan dapat merendahkan kolesterol LDL
  • Mengikut piawaian dan saranan kandungan fitosterol seperti yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Ianya Halal, Tidak Mengandungi Perasa, Pemanis dan Bahan Pengawet.

Testimoni pengguna PhytoCol-ST :


Testimoni dari Mr Ethan yang telah mencuba selama 2 bulan sebelum PhytoCol-St dilancarkan

Hasil Ujian Makmal Mr Ethan sebelum Pengambilan PhytoCol-ST

Hasil Ujian Makmal Mr Ethan selepas Pengambilan PhytoCol-ST


Kesan yang lebih baik dan berkesan dapat dilihat apabila Phytocol-st digabungkan dengan OmegaGuard. OmegaGuard mengandungi asid lemak omega 3 yang disarankan bagi membantu menyingkirkan kolesterol yang tidak diperlukan dalam darah. Ia turut mengandungi EPA dan DHA. Fungsi omega 3 ialah menurunkan paras trigliserida, LDL (kolesterol jahat) dan menaikkan paras HDL (kolesterol baik). OmegaGuard berfungsi sebagai PEMBAKAR LEMAK, MEMBERSIHKAN serta MENYINGKIRKAN LEMAK TAK PERLU. 



Jadi, jika anda mempunyai masalah kolesterol tinggi, apa tunggu lagi? Jom order PhytoCol-ST dan OmegaGuard anda harini juga. Rasai perubahan itu sendiri. Sayangi diri anda. Tak salah mencuba, lebih rugi kalau tak cuba.

Nak ke nak? ;)

Hubungi saya untuk konsultasi premium..




Kawasan COD : Bangi – Kajang – Putrajaya - Semenyih

Call/Whatsapp/Sms : +6013-6392285


FB Fanpage: Healthy Nutristore

Facebook: Aieda Nasir


No comments:

Post a Comment