Wednesday 9 July 2014

Persedian Berpantang Pilihan Ibu-ibu Moden

Wah..tajuk entri kali ni kelass u.. Bukan nak overrated tapi melihatkan semakin ramai ibu-ibu moden yang berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee, maka tidak salah rasanya saya katakan begitu. Isu penggunaaan jamu yang bersifat panas jelas menimbulkan kebimbangan kepada ibu-ibu terutamanya berkaitan risiko jaundice pada bayi baru lahir.
Hal ini juga amat diberi perhatian oleh ibu yang baru pertama kali melahirkan anak disebabkan tiada pengalaman untuk berdepan dengan situasi tersebut. Oh, sebut tentang ibu yang pertama kali melahirkan anak, jom kita baca sedikit info mengenai kelahiran dan berpantang dahulu.

Kelahiran

Kelahiran anak atau bersalin ialah proses akhir kehamilan, iaitu janin keluar daripada rahim ibu. Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat dan dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat.
Jangka masa bersalin bagi setiap individu adalah berbeza yang mana wanita hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita pernah bersalin.
Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul dan rangka kepala janin yang lebih besar. Namun kini terdapat pelbagai kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
Proses kelahiran manusia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu fasa pertama, kedua dan ketiga.



Fasa pertama kelahiran 
  • Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran
  • Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk jangka masa 40 saat
  • Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap dua minit
  • Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm atau 4" lebar
  • Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan dan lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula, seterusnya diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban
 Fasa kedua kelahiran
  • Bayi/janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina dan ia berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat
  • Biasanya kepala bayi keluar dahulu. Jika bayi berkedudukan songsang, bahagian punggungnya akan dikeluarkan dahulu. Lazimnya, bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan ceasarean bagi ibu yang pertama kali hamil.
Fasa ketiga kelahiran
  • Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang 1/4 - 1/2 jam selepas bayi dilahirkan
  • Uri akan dikeluarkan. Ia bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif  

Persediaan untuk bersalin

Persediaan emosi

  Jaga ibadah wajib, cuba buat ibadah sunat, baca al-Quran setiap hari, berdoa agar Allah mudahkan segala urusan bersalin. Amalkan juga ayat 38 Surah Ali Imran dan doa selusuh kerana sesungguhnya sebaik-baik pergantungan adalah kepada-Nya.

Persediaan mental

  Membacatentang teknik hypnobirthing bagi memberikan fikiran positif untuk menghadapi proses bersalin. Teknik tersebut memudahkan proses bersalin tanpa bantuan epidural, gas entonox dan sebagainya. Selain itu, ibu mengandung perlu mengetahui tentang perkara asas bersalin seperti teknik pernafasan, bagaimana untuk mengurangkan kesakitan dan tidak ketinggalan ilmu penyusuan.

Persediaan fizikal

  Semasa hari bersalin, ibu perlu menyediakan kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan di rumah. Jika apa-apa berlaku, suami boleh membantu untuk terus membawa kelengkapan ke hospital tanpa perlu tercari-cari. Persediaan awal amat penting supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan sebegini juga tidak akan menyusahkan golongan suami, terutama bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak 

Tips & nasihat pakar
  1. Selepas tujuh bulan banyakkan berjalan kecuali untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan lakukan terlalu awal sebelum empat bulan.
  2. Jaga pemakanan. Elak mengambil yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini akan menganggu proses bersalin.
  3. Ketika menunggu di dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk atau berjalan-jalan.
  4. Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit contoh pengambilan ubat tahan sakit
  5. Baca ayat-ayat al-Quran seperti ayat 3 Qul dan ayat Kursi. Si suami pula boleh bacakan Yasin untuk kurangkan rasa sakit isteri.
  6. Berborak dengan teman, sama ada ibu atau suami (jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin) sekaligus dapat mengalihkan tumpuan daripada sakit. 


Berpantang 

Istilah pantang menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan (menurut adat dan kepercayaan). Turut disebut mengenai larangan melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga 44 hari bagi wanita yang melahirkan anak. Meski pun kebanyakan pakar perubatan tidak bersetuju dengan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat melayu zaman berzaman.
  Tempoh berpantang diadakan bertujuan untuk melindungi ibu dalam proses pemulihan tubuh dan emosinya.Tempoh berpantang selepas bersalin sama ada secara normal atau pembedahan ialah selama 44 hari dan ada juga yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga ke seratus hari. Bagi sesetangah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami untuk kebaikan jangka masa panjang.

 Persediaan berpantang

Untuk melancarkan proses berpantang, kelengkapan yang perlu dan mencukupi perlu disediakan bagi memudahkan anda melaluinya nanti. Antara persediaan yang perlu ialah :
  • Tukang urut yang akan mengurut anda selepas bersalin. Pastikan tukang urut yang dipilih mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin.
  • Sediakan batu tungku bagi membolehkan anda bertungku nanti.
  • Sediakan baju yang diperbuat daripada kapas agar anda selesa memandangkan akan kerap berpeluh sewaktu berpantang.
  • Pakai kain batik bagi keselesaan anda kerana perut masih lagi kelihatan besar dan mungkin tidak muat untuk memakai seluar.
  • Guna tuala wanita khas untuk kegunaan selepas bersalin yang bersaiz lebih besar dan lembut berbanding tuala wanita biasa.
  • Set bersalin perlu dibeli lebih awal. Untuk pilihan terbaik, ada baiknya anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman sebelum memilih set bersalin yang sesuai dengan keperluan anda.
Shaklee menawarkan 3 jenis Set Berpantang sesuai dengan keperluan dan bajet anda iaitu sama ada Set Berpantang Asas, Set Berpantang Extra dan Set Berpantang Premium.

Set Berpantang Asas

   Set Berpantang Asas merangkumi kesemua supplemen asas yang diperlukan ibu sebaik melahirkan bayi. Ianya membekalkan vitamin & mineral penting, membentuk darah merah, memulihkan luka luaran dan dalaman, mengelakkan stress dan memberi tenaga.



Set Berpantang Extra

Set Berpantang Extra ini merupakan gabungan Set Asas dan OsteMatrix (Kalsium) dan ESP-Energizing Soy Protein (Protein). Kedua supplemen ini mampu membantu dan membekalkan nutrisi penting buat ibu yang sedang menyusukan bayi.


ESP – Membekalkan Protein (elemen kedua selepas air di dalam susu ibu). Kekurangan protein boleh menjejaskan penghasilan susu dan penyusuan bayi


OsteMatrix – Ibu yang kekurangan kalsium mengalami risiko sembelit, stress dan masalah sakit pinggang/belakang serta gigi, kuku dan rambut yang sihat. Stress pada ibu menyusu akan menjejaskam penghasilan susu.


Set Berpantang Premium



Set Berpantang Premium pula menggabungkan fungsi penyusuan dan penurunan berat badan.


Lecithin – mengandungi CHOLINE yang membantu kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee akan mengalirkan choline di dalam susu mereka kepada bayi. Juga membantu mengelakkan masalah bengkak susu yang sangat menyakitkan. Lecithin juga terkenal sebagai agen pengemulsi lemak.


Alfalfa – Serat di dalam Alfalfa dapat memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin, seterusnya mengeluarkan ia dari badan. Ianya juga penggalak susu (galactagoue) yang telah diamalkan sejak zaman Rome dan Yunani lagi.

Dengan penambahan 2 supplemen ini, para ibu bukan sahaja dapat menjaga kesihatan selepas melahirkan bayi dan dapat memastikan penyusuan bayi yang selamat dan berterusan, malah bonus menurunkan berat badan dan mendapat bentuk badan asal dan ideal dengan selamat dan berkesan.

Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu terutamanya ibu yang baru pertama kali melahirkan anak. Berpantang lah demi menjaga kesihatan akan datang terutama masa tua nanti. Saya doakan ibu-ibu dapat berpantang dengan tenang dan sihat.

Mahu order Set Berpantang Shaklee? Yang mana satu pilihan anda?
Anda boleh order terus dengan klik butang order di bawah mengikut pilihan anda. Mudah bukan? Segalanya dihujung jari.
Jangan segan hubungi saya untuk konsultasi premium dan pastinya percuma sahaja. :) 

Set Berpantang Asas
Set Berpantang Asas

Set Berpantang Extra
Set Berpantang Extra

Set Berpantang Premium
Set Berpantang Premium

Kawasan COD : Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya - Puchong

Call/Whatsapp/Sms : +6013-6392285



Facebook: Aieda Nasir

No comments:

Post a Comment