Tuesday 17 June 2014

Faktor Yang Menyebabkan Ibu Tidak Mampu Menyusukan Bayi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Seperti yang diketahui, penyusuan susu ibu itu merupakan suatu FITRAH iaitu ianya bersifat semulajadi yang ada pada setiap wanita yang bergelar atau bakal bergelar "IBU".
Semua ibu normal mahu dan punya keinginan untuk menyusukan anak sendiri..kerana ia merupakan ciri-ciri istimewa yg ada pada setiap mamalia..

Namun, bukan semua ibu dilahirkan sempurna kesihatan dan fizikal. Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan ibu tidak dapat menyempurnakan hak anak walaupun telah berusaha habis-habisan (mengosongkan payudara setiap 2-3jam sekali). Entri ini saya tujukan khas untuk semua ibu yang telah berusaha sehabis baik tetapi susu yang dihasilkan hari demi hari semakin sedikit. Anda mungkin boleh membuat pemeriksaan kesihatan ada kemungkinan anda mempunyai masalah atau pernah mengalami situasi seperti berikut :-

 



  • Ketidakseimbangan hormon Tiroid






  • Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)




  • Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin




  • Tak cukup tisu glandular (IGT)




  • Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis




  • Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, so ia tidak menghasilkan hormon mencukupi utk laktasi.




  • Tidak mempunyai duktus susu (secara semulaladi atau selepas melalui pembedahan)




  • Menghidapi hypoplastic breast (payudara yang tidak berkembang selepas baligh)


  • Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yg menyebabkan susu kurang dihasilkan tetapi masih boleh meneruskan penyusuan antaranya :-
    • Terlalu stress 
    • Obesiti

    • Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc.
    • Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
    • Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progesteron.
    • Edema disebabkan oleh IV.
    • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
    • Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.
    • Bayi tidak pandai melekap (latch) dengan betul kerana masalah tounge-tie atau tanda-tanda "sleepy baby" bayi terlalu lemah kerana masalah kesihatan yg membuatkan payudara kurang dirangsang.


    Terdapat juga ibu yang merasakan mereka tak mampu untuk menyusukan anak tapi sebenarnya boleh menyusukan anak :-
    • Mempunyai inverted nipple, flat nipple
    • Tidak mengeluarkan susu pada hari2 pertama kelahiran
    • Bayi tidak mahu menghisap di payudara kerana masalah nipple confuse
    • Ibu yang bersalin secara pembedahan
    Semua masalah tersebut mempunya penyelesaiannya, rujuklah dengan Pakar Laktasi atau doktor untuk guide anda cara sebenar bagaimana mengatasinya masalah tersebut. Segala-galanya bergantung di tangan anda,samaada anda mahukannya atau tidak..

    Kelebihan Bayi Yang Menyusu Susu Ibu


    Luv,
    Mommy Aieda,

    xoxo

    :)

    No comments:

    Post a Comment