Friday 13 June 2014

Uniknya Susu Ibu!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Sebagai umat islam, ibu-ibu disarankan untuk menyusui anak dengan susu ibu. Hal ini banyak dijelaskan di dalam al-quran. Pasti disebaliknya terdapat 1001 kebaikan kan? Terdapat banyak kajian yang dilakukan dan terbukti dengan menyusui anak dengan susu ibu, ternyata anak mendapat kebaikannya.

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…


* mudah hadam

* sentiasa segar (fresh)

* tersedia dalam suhu yang optimum

* tersedia steril

* tiada pencemaran
 
* tersedia bila-bila masa

* tiada tarikh luput

* species-specific

* susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi

* hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak

* mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi

* mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim

* mengandungi antibodi

* mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit

* tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi

* komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan

* komposisinya berbeza mengikut umur bayi

* komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari

* komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)

* mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan of course ibu juga. :)


xoxo

:)


No comments:

Post a Comment