Friday 6 June 2014

Tonsilitis Pada Kanak-Kanak dan Kaedah Rawatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Ada tak di kalangan pembaca disini yang anaknya pernah mengalami tonsilitis? Risau kan bila anak kena tonsilitis ni, kasihan sebab mereka akan demam, merengek dan tak berselera nak makan. Ibu nak buat kerja pun susah. Saya tahu apa perasaannya kerana anak kedua saya pernah mengalaminya. Masa dia mula kena tu, dia baru je berusia 10 bulan. Kasihan sangat sebab dalam sebulan tu dia akan kerap demam. Seminggu sihat, 3 minggu demam. Hinggakan doktor pernah sarankan untuk lakukan pembedahan tetapi memandangkan dia masih kecil, doktor hanya berikan antibiotik yang paling 'kuat'. Tapi, kesannya hanya bertahan sekejap sahaja. Oklah, sebelum kita bercerita jauh mari kita tinjau dahulu apakah itu sejenis organ yang dipanggil tonsil supaya mudah kita faham.. :)

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Gambar menunjukkan tonsil yang bengkak (kanan) dan tonsil yang keluar putih seperti nanah (kiri)




Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk

2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan

3. Demam yang kadang2 sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan

5. Suara garau atau hilang suara

6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur


 Rawatan Radang Tonsil.

Terdapat beberapa rawatan yang akan diberikan oleh doktor mengikut kesesuaian dan jenis penyebab pada berlakunya tonsilitis tersebut antaranya dengan memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Ada juga doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi keeffektifannya tidak dapat dipastikan. Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin dan kadang-kadang antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin jarang diberikan kerana kesannya lebih kuat. 

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati yang hanya boleh dilakukan oleh pakar ENT ( Ear,Nose and Throut)


Tapi malangnya walaupun anak saya telah diberi antibiotik paling 'kuat' iaitu Augmentin, namun tonsilnya masih lagi membengkak. Jadi apabila sahaja anak saya cukup setahun, saya telah berikhtiar memberinya Mealshakes Shaklee kerana pengalaman memberi abangnya Meal Shakes dengan konsisten, membuatkan sistem imun lebih kuat dan jarang demam. Bukan menidakkan antibiotik dari pengamal perubatan atau doktor tetapi tidak salah sekiranya kita cuba beri suplemen yang berasaskan bahan semulajadi. Selepas usaha itu tidak berhasil, rasanya tidak salah cuba cara lain kn? Lagipun lebih selamat dari kerap memberinya antibiotik yang mempunyai tenaga nuklear yang akan memberi kesan jangka masa panjang..Wallahualam.

Nak tahu apa kebaikan Meal Shakes? Baca DI SINI. Jom kita tengok apa lagi set untuk tingkatkan sistem imun anak, bukan hanya Meal Shakes sahaja tau.. :)



No comments:

Post a Comment