Saturday 14 June 2014

Penyusuan Selama 2 Tahun, Haruskah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Ada ibu-ibu yang masih musykil dan teragak-agak untuk menyusukan anak dengan susu ibu?

Sayangnya jika kita tidak gunakan nikmat dan kelebihan yang Allah dah berikan pada kita sebagai ibu khas untuk anak-anak kita. Ingatlah, susu ibu adalah yang TERBAIK. Beruntunglah anak-anak kita jika dapat nikmatinya.

Saya sendiri amat concous mengenai penyusuan susu ibu. Sejak awal kehamilan lagi saya telah study mengenai penyusuan susu ibu kerana amatlah besar harapan saya untuk menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu. Alhamdulillah, saya dapat menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu secara exclusive selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun. Anak yang sulung dapat menyusu selama 2 tahun (actually kadang2 masih menyusu walaupun sudah berumur 3 tahun lebih)hehe dan anak yang kedua, sedang menyusu (sekarang berumur setahun 2 bulan)

Terdapat banyak suruhan untuk menyusukan anak yang ditulis di dalam al-Quran. Itu bermakna memang susu ibu ini amat ISTIMEWA.


REMINDER FOR MYSELF n u :
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.
Allah berfirman:
“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233
Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al Quran berkenaan penyusuan susu ibu ni. Jadi apa lagi yang kita ragu-ragukan lagi?

Jom ibu-ibu HEBAT, susukan anak hanya dengan susu ibu..


Luv,
Mommy Aieda..

xoxo

No comments:

Post a Comment