Monday 16 June 2014

Risau Anak Anda Tak Cukup Susu Ibu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tentu ramai ibu yang berperasaan sedemikian kan? Lebih-lebih lagi yang baru pertama kali menjadi ibu. Tak dinafikan, ada ibu yang sering tertanya-tanya adakah bayi mereka mendapat cukup susu.


Jom kita semak point-point penting untuk ketahui samada bayi anda cukup susu atau tidak.

>> Bagaimana mengetahui anak mendapat susu yang mencukupi atau tidak?
  • Baby nampak tenang selepas menyusu. Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
  • Diapers berat dan perlu ditukar lebih dari 6 kali dlm tempoh 24jam. 
  • Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Baby menyusu lebih dari 10 kali sehari pada minggu-minggu pertama kelahiran.
  • Pada minggu pertama kelahiran najis baby berwarna kuning gelap bagaimanapun najis baby semakin cerah selepas seminggu.
  • Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
  • Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
  • Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
  • Berat akan bertambah mengikut umur.
  • Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.


Jika semua tanda di atas di alami oleh bayi anda, anda tidak perlu risau lagi. Ramai ibu-ibu yang risau anak tidak dapat bekalan susu yang mencukupi terutama minggu-minggu pertama kelahiran. Ini kerana kebiasaannya bayi yang baru lahir kerap menyusu dan kadangkala seperti mahu menyusu setiap masa dan nampak seperti tidak puas selepas menyusu. Jangan risau kerana ini sesuatu yang normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam (1-2 jam selepas menyusu) sebab itulah bayi cepat lapar,
Kebiasaannya sepanjang minggu pertama kelahiran, bayi yang baru lahir akan menyusu hingga 15 kali sehari. Ada juga bayi yang masih menyusu hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama kelahiran.Pola penyusuan ini akan berterusan sehingga jumlah sesi menyusu berkurangan ke 10 kali sehari. Apa yang penting, ibu-ibu harus susukan bayi sekerap yang boleh. Kerana, lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan kita. Kebiasaannya kegusaran ini timbul apabila ada ibu yang melihat berat bayi semakin menurun dari berat semasa dilahirkan. Perlu diingat, bahawa berat badan bayi baru lahir selalunya akan turun 5 hingga 10 peratus daripada berat semasa mereka lahir dalam minggu pertama atau seterusnya. Bagaimanapun, berat akan mula bertambah selepas itu dan akan pulih seperti berat lahirnya pada minggu kedua dilahirkan.


>> Bagaimana pula cara untuk mengetahui anak tidak mendapat susu yang mencukupi?
  • Diapers sentiasa ringan dan selepas seminggu anda tidak menyalin diapers lebih dari 6 kali.
  • Baby tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap selepas seminggu dilahirkan.
  • Berat baby masih tidak bertambah atau tidak mendapat berat lahir walaupun selepas dua minggu kelahiran
  • Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
  • Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini tanda baby tidak menyusu dengan betul dan khidmat nasihat diperlukan bagi memastikan baby menyusu dengan teknik yang betul.) 
  • Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
  • Kulitnya anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
  • Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
 

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. Pada peringkat awal, masalah paling utama untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif bagi seorang ibu ialah KURANG KEYAKINAN dan sering BERFIKIRAN NEGATIF. Percayalah PASTI sesuatu itu mudah jika ianya diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN. Teruskan niat murni anda dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan anda dimudahkan. Penyusuan Susu Ibu bukan sesuatu yang menyeksa atau menyakitkan sebaliknya suatu pengalaman berharga dan menyeronokkan bagi semua ibu.


IBU-IBU HEBAT, YAKINLAH ANDA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA!!!


Luv,
Mommy Aieda..

xoxo

:)

No comments:

Post a Comment