Sunday 15 June 2014

Susu Ibu : Khasiat & Kebaikan Kepada Ibu Dan Anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan ilahi ini sememangnya memenuhi khasiat semulajadi yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.
Ia adalah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Pakar sains menemui kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu, iaitu ia kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi berbanding susu formula.

Kebaikan untuk ibu
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM)
  • Mengurangkan risiko payudara, ovari, uterine dan osteoporosis.
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan untuk bayi
  •  Kandungan kolostrum dalam susu ibu yang awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alergi dan sistem penghadaman dan risiko obesiti serta diabetes untuk bayi  apabila dewasa kelak
  • Membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum
  • Kajian menunjukan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik ( IQ yang lebih tinggi, iaitu lima mata berbanding bayi yang menyusu susu formula )
  • Susu ibu untuk bagi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori tinggi berbanding bayi berusia sebulan.

Jadi, ibu digalakkan menyusui bayi dengan susu ibu kerana banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh bayi.
Bagi yang pertama kali menjadi ibu, buat persediaan secukupnya sejak daripada awal kehamilan sekiranya anda bercadang mahu menyusukan bayi secara eksklusif apabila dia lahir kelak. Ini dapat dilakukan dengan berusaha mencari sebanyak mungkin maklumat berkaitan penyusuan susu ibu termasuklah kisah kesukaran yang mungkin boleh berlaku agar anda tidak mudah patah semangat apabila berhadapan dengan masalah penyusuan nanti.

Paling penting, sebaik bersalin, anda melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan membiarkan bayi mencari puting untuk menyusu bagi merangsang soothing reflex memandangkan dia sememangnya mempunyai naluri hisapan yang kuat.
Penyusuan dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran sangat penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum yang menjadi imunisasi semulajadi pertama untuk si manja. Selain itu, ia juga dapat merangsang proses penghasilan susu ibu secara berterusan. Keinginan ini mudah dilaksanakan sekiranya anda memilih untuk bersalin di Hospital Rakan Bayi.

Ibu juga seharusnya menjaga kesihatan dan pemakanan sepanjang menyusukan bayi. Pilihlah makanan yang berkhasiat untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang proses penyusuan. Makanlah suplemen tambahan untuk mendapat nutrisi lengkap untuk anda dan si manja. Jangan salah sangka. Set cadangan untuk ibu menyusu bukan untuk tambah susu (kalau ibu malas nak pam dan jadual tunggang terbalik, memang tak akan banyak susu terhasil).Tapi untuk kesihatan diri ibu kerana kesihatan berkait rapat dengan emosi.
Emosi yg sakit, emosi yg tak stabil boleh mempengaruhi penghasilan susu.

Untuk kesihatan ibu menyusu, inilah dia.Tak salah jaga kesihatan luar dan dalam. Cantik di luar, sihat di dalam..


Set menyusu 3M Shaklee dapat membantu ibu-ibu yang menyusukan bayi mendapat bekalan nutrisi lengkap.
Mengandungi ESP, Vita-lea, Vita-C, Alfalfa, B-Complex dan Ostematrix.
Banyaknya?
Jangan risau, tak semestinya anda perlu ambil semuanya. Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara premium dari saya.



Do contact me dearest,

Mommy Aieda,
1092227
013-6392285

xoxo

:)

No comments:

Post a Comment