Thursday 12 June 2014

FIL, Musuh Nombor Satu Ibu Menyusu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Entri kali ini saya nak cerita mengenai pentingnya konsep "DEMAND & SUPPLY" dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. mungkin ramai ibu tak faham konsep ni sebab ramai lagi yang tak kenal dengan FIL (feedback inhibitor of lactation). Sebenarnya selain STRESS dan pemikiran NEGATIF, FIL merupakan MUSUH NO 1 semua ibu yang menyusukan anak.. Mari kita berkenalan dgn FIL ni..

"FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payudara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payudara tidak dikosongkan dengan efisyen."

Faham tak? Ok jom kita faham dalam erti yang lebih mudah. Begini, jika ibu suka tunggu breast betul2 bengkak atau biar je breast tak dikosongkan dalam tempoh yang agak lama, paras FIL dlm payudara jadi makin banyak dan tinggi dia inilah sebenarnya yang menghantar signal pada otak supaya kurangkan / perlahankan atau berhenti menghasilkan susu sebab kurang permintaan dari ibu..sama jugak mcm kolah air yang ada pelampung tu, bila penuh paip air dah tak perlu keluarkan air lagi..

Situasi berbeza kalau ibu yg RAJIN susukan anak, rajin pam waktu di ofis dan payudara sentiasa kosong, paras FIL akan kurang dan sikit je bergantung pada berapa kosong breast ibu..bila FIL ni kurang, bdn akan terus2an menghasilkan susu sebab otak tak ada pun terima hasutan dr FIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu..

Skrg ibu-ibu da faham tak pasal konsep demand & supply? Sebab itu pentingnya demand & supply k.

So kene ingat..nak susu banyak :-
  • Kerap kosongkan payudara, maksudnya keraplah susukan baby bila baby bersama kita @ keraplah mengepam jika baby tiada dengan kita.
  • Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam.. BIG NO sebab jangan biar protein jahat FIL ini menghasut otak menghentikan production susu..sebab tu yang akan buat supply makin drop.
  • Makan sayur dan apa sahaja makanan yang ibu2 suka ya..enjoy the food..DAN minum air kosong lebih.
  • Keep positif. STRESS perlu dijauhi kerana boleh block hormon oksitosin (hormon yang bertanggungjawab keluarkan susu dari payudara) dari terhasil. Jika hormon oksitosin kurang, susu pun 'segan' nak keluar.
  • Teruskan berdoa, selalulah berzikir..INGAT, hanya Dia tempat kita memohon segala hajat.
Happy breastfeeding awesome mom!!

xoxo

Mommy AisyAisyah

:)


No comments:

Post a Comment