Wednesday 4 June 2014

Mengapakah Suplemen Itu Penting Bagi Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...




Kenapa? Kenapa? Kenapakah kita memerlukan suplemen?

Sering kali pertanyaan ini bermain di fikiran kita kan?Ada yg memandang sinis soalan ini, dan akan menjawab, "Saya sihat, saya tidak perlukan ini semua! Makanan yg sedia ada sekarang sudah mencukupi"... Jika tidak salah, anda pun pasti pernah terfikirkan jawapan ini juga kan?hehe.. Oklah, jom kita tgk sebab-sebab sebenar kita memerlukan suplemen..

Antara sebab kita memerlukan suplemen ialah :

  • Pencemaran : Semakin maju sesebuah negara itu akan menyebabkan lebih banyak pencemaran berlaku. Termasuklah di negara kita Malaysia ini. Setiap hari ada sahaja pembangunan dijalankan dan menyebabkan kita akan terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan kita.
     
  • Pemakanan yang tidak seimbang : Kemajuan juga menyebabkan kita perlu berlumba-lumba untuk bersaing dan menyebabkan pengambilan makanan 'fast food' yang tidak dikawal. Ramai yang mengambil mudah hal ini dengan alasan "Makan hanya untuk kenyang". Hal ini akan menyebabkan penyerapan nutrien akan terganggu akibat pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan. BAHAYA!!

  •  Nutrisi dalam makanan semakin berkurang : Makanan yang dijual di kedai makan biasanya telah hilang nutrien mungkin disebabkan masak terlalu lama atau dimasak terlalu awal. Manakala makanan di restoran makanan segera adalah telah diproses. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas akibat penggunaan racun serangga atau bahan kimia lain. 

  •  Pengambilan ubat secara berlebihan : Boleh mengakibatkan sistem tubuh kita terganggu
  •  
  • Gaya hidup yang tidak sihat : Kesibukan menyebabkan kita kurang bersenam atau bersukan malah ada yang merokok. 

    Ini merupakan antara sebab-sebab kita memerlukan suplemen. Jangan pandang remeh mengenai hal ini. Bak kata pepatah " Mencegah itu lebih baik dari merawat"

    Jom kita makan suplemen. Satu hari sekali pun sudah memadai.. Cegah sebelum terlambat. 


"Healthy is more valueable than wealthy"

xoxo


No comments:

Post a Comment